Followers

Friday, May 23, 2014

Seorang mama yang belajar partime.

Assalamualaikum,

Alahai, hari Jumaat barulah mood timbul untuk menulis. Hehe.

Saya pernah ada situation begini with baby Hafiy masa buat assignment.
Saya mula jadi student partime masa baby Hafiy umur 6 bulan. Haqeem pula umur 2 tahun.

Kita mula dengan story Sabtu lepas, 17 May.
Hari Ahad, 18 May itu ialah hari seminar pertama untuk kelas master semester 3. Sepatutnya kalau ikut jadual kelas sebelah pagi 8.30 am - 11.30 am ialah kelas Safety dan lepas itu until 3 pm ialah kelas Contract.
Tapinya lewat petang Sabtu itu dapat SMS dari OUM yang kelas Safety cancel. Makanya 6 jam pada hari Ahad itu kami sekelas belajar Contact. Huhu.

Mula-mula feeling mungkin kelas akan bosan. Tapi rupanya lecture yang 1st time kami jumpa untuk semester baru ini adalah sangat best. Penuh dengan gelak ketawa kelas hari Ahad itu. Nama lecture saya itu ialah Ir Zaa'ba bin Khalid.
Yang best part lagi ialah, dua-dua lecture semester ini mempunyai background Civil Eng. Huhu, sama macam saya.
Kelakar part pula ialah, time hendak ada kelas, time itulah saya suka tidur lambat. Menonton drama di TV until 3 am. Memang tiada kerja tapinya cari kerja kan.
Lepas itu dalam kelas hari Ahadnya itu, mata memang part ala pulut kuning, kejap-kejap lagi sudah macam pulut panggang pun boleh.

Op lupa cerita.
Alhamdulilah result semester 2 sudah keluar pada Jumaat lepas. Syukur pada ALLAH, dengan rezeki keputusan yang lebih baik dari semester lepasnya.
Memang meleleh airmata bila tengok result, macam tidak percaya. Namun kuasa ALLAH melebihi segala-galanya. Tidak terjangkau dengan fikiran kita ini sebagai hambanya.

Harap maklum, saya memang tidak mampu study struggle sungguh-sungguh bagai. Hakikatnya saya bukan sahaja seorang pelajar. Banyak lagi tanggungjawab lain yang perlu di pikul. Terutama pada anak-anak tercinta.

Tahniah pada mama-mama yang dapat grade hebat untuk exam. Tapi hendak tanya, bagaimana anak-anak kecil anda ketika yang anda sedang struggle untuk ulangkaji.
Saya mungkin bukan macam orang lain yang sanggup tinggalkan anak-anak yang masih kecil-kecil pada emak, pada maid atau pun pada ahli keluarga yang lain demi untuk ulangkaji pelajaran di luar rumah. Demi untuk 4 flat. Oh itu bukan saya, minta maaflah. Lain orang lain caranya.

Cara saya study ialah saya masih di rumah. Saya happy sambil study sambil dengan masih dekat bersama family. Lagipun untuk master level, passing grade ialah B. Tiada pun tulis compulsory mesti dapat 4 flat. Hikhik.
Pada pandangan mata kasarnya bila study sendiri, duduk di Mc Donald berjam-jam dengan anggapan bila study di rumah yang anak-anak akan kacau, aduhai bukalah minda sikit. Bukannya sekecik comel umur 1 tahun atau 2 tahun itu akan berjaga sepanjang hari. Kenyang perutnya, bagi susu, penat main lompat-lompat...done. Mesti tidur lepas itu. Masa itu kita boleh continue study. Lagi pun otak manusia ini bukanlah boleh di isi terus menerus. Kita bukan robot. Mungkin 1 jam tidak pun 45 minit, mesti mahu rehat untuk makan, mungkin tengok tv. Then boleh sambung semula.

Sudah 2 semester kalau saya study untuk exam until lewat pagi (2 am), mesti Haqeem yang temankan saya plus HC sama.
Ini picture Haqeem masa exam week awal April lepas.

So nasihat ikhlas dari saya pada mereka (untuk mummy sahaja)  yang ada anak-anak yang masih kecil macam saya. Cubalah jangan jauhkan terus diri dengan mereka bila time exam week. Kalau hendak menjadi hebat sangat pun, jadilah juga mama yang hebat. Lagipun hendak ke mana sebenarnya dengan result 4.00 cgpa itu. Siapa kata tidak boleh jadi scorer student, boleh, silakan. Itu memang bagus. Tapi please please please jangan anggap anak-anak itu sebagai penghalang masa kita sedang study.

Jangan salah anggap ek. Saya bukanlah mama mithali. Saya pun mama yang jerit-jeritkan anak. Babab di kaki kalau nakal sangat. Kadang-kadang mencubit juga.
Tapinya kalau anak baru seorang dua sudah rajin duk tinggal-tinggalkan. Fikir-fikir kan lah.

Nasihat ini saya tujukan pada saya juga. Sebagai manusia kita memang selalu lupa. Marilah kita sama-sama ingat mengingati.
Tapi di sebalik semuanya, tanpa suami tercinta saya tidak mampu melakukan semua ini.
Saya tidak hebat. 
HC lagi lebih dari itu.

8 comments:

Farah Waheda Wahid said...

all the best in your future undertakings dear...

Ms Haslina said...

amin,

tqvm dear. same as to you too.

Unknown said...

assalam.. follow cni..
jemput ke blog sy jika sudi :)

http://akusijebat.blogspot.com/2014/06/kupu-kupu-gergasi-serang-kuantan.html

fifie feyca said...

slm .. wah hebat... good luck keep it up...

dtg singgah sini n follow #221

keep in touch..
http://feycasnowie.blogspot.com/

Ms Haslina said...

wasalam mohd billy,
terima kasih. saya sudah follow.

salam fifie
terima kasih. will follow back.

irrayyan said...

Salam, wah hebatnya mama...caiyok caiyok!! Datang singgah sini n follow irrayyanjourney.blogspot.com tq :)

Mia Liana said...

super mom ni... mia pun pernah rasa selama 4 tahun di oum... kuatkan semangat dan kena pandai bahagikan masa. yakin boleh..

# terima kasih sudi join.. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/06/senarai-url-blog-5.html

Ms Haslina said...

nuirra - alahai, saya tetap sama seperti orang lain. mungkin bezanya saya ialah ada suami yang 'hebat'. alhamdulilah.

mia liana - aduhai, tinggi sungguh kalau saya ini super mom, belum tercapai lagi tu.

saya mmg baca pengalaman masa study di oum dulu. mia mmg terbaek.

terima kasih atas nasihat mia itu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails