Op, sudah selamat di conteng oleh anak-anak.
Assalamualaikum.
Wah, wah, wah sudah masuk hari Rabu rupanya.
Alahai tidak sampai hati jugak tinggalkan blog lama-lama sendiri.
Maklumlah keadaan office dengan students tengah bercuti sekarang ini. Sunyi. Kantin sunyi, parking lot kosong. Kalau tidak berebut-rebut cikgu dan anak murid untuk parking kereta masing-masing.
Akhirnya cikgu pun sama juga ikut-ikut cuti. Akibat lain lagi sudahnya semua perkara turut cuti sama.
Kisah minggu lepas, saya bercuti 2 hari, iaitu Rabu dan Khamis.
Hari Rabu kami ke IKEA. Punyalah macam tiada kerja asyik berulang alik ke IKEA, akhirnya untuk kali ke 3 itulah baru ada stock untuk sarung sofa klippan dengan color yang di idaman gitu. Fuh, untungnya dari rumah ke IKEA cuma guna satu jalan/highway yang sama. Sebab itu tidak terasa sangat dengan keasyikan berulang ke sinun.
Masa stok sudah habis hari itu, reply customer service, mungkin makan masa 2 minggu untuk re-stok semula.
Tapinya HC terajin check di online, rupanya beberapa hari lepas itu stok sudah ada. Syiok.
Planning beli satu color sahaja.
Tapinya bila sampai sana, huhuhu kami terbeli 2 color. Satu bercorak dan satu lagi color grey. Sebelum ini guna color merah. Bayangkan 3 tahun lebih layan color merah jea.
Cadangan asal ialah untuk membeli color hijau. Tapinya, color hijau adalah sangat maveles bila di internet. Bila tengok dengan mata sendiri, op sangat jelek.
Oleh itu sila jangan mudah sangat tertipu dengan picture cantik molek di internet.
Hari itu juga kami buat kad IKEA FAMILY. Percuma sahaja. Daftar di mana-mana komputer di IKEA. Kemudian terus dapat kad sementara. Once point sudah genap 200, terus dapat kad permanent.
Hari Khamis pula, kami ke Klang.
Sebabnya ialah untuk menghantar kereta WIRA ke bengkel. Kenapa jauh sangat kan?.
Padahal, di area rumah sekarang ini memang melambak kedai repair kereta.
Kerananya ialah disitulah price yang murah yang HC dapat untuk tukar gearbox AUTO 1.5.
Masa pergi ke sana saya drive Persona dengan Haziq. HC pula drive WIRA dengan Haifa, Haqeem dan Hafiy.
Hari Sabtunya, kami ke Klang lagi.
Pergi kenduri kawin adik ipar perempuan kaklang. Sampai sana dalam 1 tengahari, cuaca memang panas sungguh hari itu. Memang baru tahu, yang orang Kedah kalau kenduri memang meriah sangat dengan kuih muih. Mak mentua kaklang memang orang Kedah, dapat menantu pun orang Kedah katanya.
Emak, abah, angah sefamily pun datang dari Kuala Pilah masa itu.
Selepas seronok-seronok minggu lepas itu, hari Ahadnya saya ada kelas Master.
Ya ALLAH, punyalah 'malas' hendak pergi kelas pagi Ahad itu, rasa hendak ponteng sahaja huhuhu. Start kelas ialah jam 8.30 pagi.
Memang tidak boleh bayang sungguh hendak belajar until 3 pm hari itu.
Namun syukur dan alhamdulilah, saya pergi juga akhirnya.
Semangat gitu. Terima Kasih ALLAH.
Pengantin baru dan pengantin lama.
Hidangan istimewa. Kambing golek.
Ada 4 ekor semuanya.
Saya yang comel.
11 comments:
cantik sarung kusyennye...saya baru sekali pi ikea kak hehe
salam mia,
beli sarung sahaja masa pi ikea baru ni.
sofa klippan tu dah 3 tahun lebih beli. baru nak tukar sarung baru.
singgah + done follow kamo..salam jumaat..
http://ecahkhalili.blogspot.com/2014/06/genap-32weeks-kaki-membengkak.html
Sonoknya boleh ulang alik ke IKEA!! jeles la...hihi..
BW dari blog Kak Mia
done follow sini
mcm kenal jer haslina ni..ermm..pernah belajar di juasseh yer? maaf kalau salah org
salam kenal dari Ros.. Ros singgah sini dan follow .. datang dari segmen Kak Mialiana..
salam kenal kepada semua. terima kasih sudi ke blog saya.
ecah - done follow back, tq.
arzmoha - done follow u too.
anony - yup, dulu study kat juasses. 92/93
ros - done too.
mama_koari,
ulang alik jea. barang yg nak tak de stok. duk makan karipap dan ais cream.
huhu
as salam. Wah! pre-raya shopping tu akak lina? Abe Kie dtg dari segmen URL Blog #5 Mialiana dan terus follow blog awak. No 225. Jemput ke blog sy plak. TQ.
wasalam abe kie.
terima kasih ke blog saya.
done follow blog abe kie.
Post a Comment