Followers

Thursday, August 7, 2014

Happy 38th birthday to me, alhamdulilah

Assalamualaikum,



Selamat Hari Raya di 12 Syawal ini pada semua kawan-kawan bloggers. Semoga sihat dan happy walau di mana juga berada.



Alhamdulilah, hari ini umur saya genap 38 tahun. Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan kebahagian yang di beri oleh Allah pada saya selama hidup ini. Dengan anak-anak yang comel dan suami yang TERBAEK. Keluarga yang tercinta, adik beradik yang ku sayangi.

Pada 7 - 8 - 76 saya dilahirkan oleh Puan Saleha Ashik yang masa itu masih memegang warganegara Singapore. Saya di lahirkan di Hospital Besar Melaka. Kalau ikut adik beradik yang lain, saya seorang sahaja yang IC nombor 04. Along dan angah, tidak pasti nombor tengahnya berapa, sebab bro saya dua orang itu lahir di Singapore. Dan kaklang, eboy dan adik pegang IC nombor 05 di tengahnya, iaitu lahir di Negeri Sembilan.
Sebabnya saya lahir di Melaka ialah kerana pada masa itu, abah bekerja di Melaka. Tapi saya totally di besarkan di kg abah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Cerita emak, pada hari itu, emak abah dan semua orang sedang dinner di bandar. Emak cakap, masa itu mak makan kew tiow goreng dan sate. Memang mak cakap, selera sungguh mak makan. Walaupun kejap-kejap mak berenti makan sebab menahan sakit contraction yang sudah datang walaupun tidak kerap sangat.
Dekat-dekat jam 10 malam itu juga saya dilahirkan.
Huhu, itu ialah penyedap cerita dan bukti kukuh kenapa saya ini amatlah kuat makan. Semua makanan saya berselera.
Ialahkan, dari dalam perut lagi sudah syiok dan di latih makan sate, nyum nyum gitu.

Mungkin juga sebab sifat semulajadi saya yang sentiasa happy. Kalau ada masalah pun, saya tetap berselera hendak makan. Bagi saya semua perkara dan masalah dalam dunia ini, ada penyelesaiannya. So kenapa kita mesti hendak makan hati sangat, stress itu dan begini.

Contohnya kalau orang lain ada kereta baru, kenapa kita yang drive kereta yang sudah umur 7 tahun hendak rasa sedih. At list kita sudah dekat habis, or sudah habis bayar hutang bank. Orang itu baru 'bahagia' tambah hutang baru di bank.
See, hikmah sentiasa ada.

Sentiasa percaya dan tanam dalam hati, setiap ujian ALLAH sudah pasti ada hikmah di sebaliknya.


Wasalam.

Ikhlas dari Birthday Mama,
Haslina

10 comments:

Unknown said...

Happy birthday!!

maidatul said...

Salam Aidilfitri akak...

Selamat Hari Lahir!!!!!

Ina Hashim said...

happy birthday Lin...n selamat hari raya maaf zahir batin

ciek niena said...

selamat hari lahir akak. :)

aliaaroslan said...

happy birthday kak haslina. take care and be healthy always.

Eliss said...

happy belated birthday..semoga dibawah ramhat Allah sentiasa..Aaaminn

Mia Liana said...

happy belated birthday....

tahniah ya.... http://www.mialiana.com/2014/08/pengumuman-pemenang-soal-selidik-4.html

Ms Haslina said...

ameen.

terima kasih semua kawan-kawan tersayang atas ucapan HB. semoga semua happy dan sihat selalu.

p/s alhamdulilah dapat 'present' dari blog 'SUPER' Mia.

Sheila Adziz said...

selamat hari lahir belated, smg pjg umo murah rezeki, berjaya di dunia dan di akhirat

Ms Haslina said...

ameen, terima kasih Pn Sheila. selamat berkenalan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails