Followers

Friday, August 29, 2014

Sekolah Haziq.

Assalamulaikum,
Hari ini pakai baju kurung color KUNING. 
Opismate cakap, anak raja turun dari kayangan..huhu.

Pagi ini, Haziq tidak pergi SRA. Lately ini HC penat sangat. Makanya aktiviti menghantar Haziq ke SRA sebelum jam 7.45am, kemudian balik semula ke rumah dan ambil baby Hafiy, Haqeem dan Haifa pula tidak berlangsung pada hari ini. Saya pula pada masa itu sama-sama bergerak ke tempat kerja juga. Tup tup masa itu sudah dekat jam 9am masa kami melangkah keluar dari rumah. Saya punch in di office dalam jam 9.10am gitu. Semenjak pindah ke Bukit Serdang ini, alhamdulilah jarak dari rumah ke office memang dekat sebab saya ikut highway PLUS. Toll RM1.80 pergi sebab saya exit guna Exit Kajang. Kalau balik saya guna Exit Serdang, toll ialah RM1.60.

Haziq memang tiada masalah kalau suruh pergi sekolah. Mungkin kalau letih sangat, itu yang pagi-pagi buat perangai itu ini.
Huhu, syukur sangat-sangat dengan Haziq sebab kalau ikut saya ini, alahai paling payah hendak pergi sekolah masa darjah satu erm boleh campur juga masa darjah dua juga lah.
Kerjanya menangis masa itu kalau suruh pergi sekolah.
Sudah-sudah emak memang malas hendak melayan karenah cengeng saya itu. Ialah saya faham keadaan emak masa itu, kami berempat masih kecil, angah dan along memang sudah sekolah tapi diaorang lelaki. Masa itu juga abah baru-baru juga bermula menjadi kontraktor.
So kepenatan emak menggalas tanggungjawab di rumah sudah cukup banyak.
Oleh itu saya ini akhirnya masa darjah satu, lebih banyak bermain dirumah dari pergi sekolah. Seronok kan, orang sekolah rendah 6 tahun lamanya. Saya sekolah rendah 5 tahun lamanya kot.

Berbalik pada Haziq tadi. Haziq masih bersekolah di tempat lama. Kiranya jauh sikitlah dari dulu kalau pagi-pagi HC hendak hantar Haziq. Rasa macam sudah selesa sekolahkan Haziq di situ. Cikgu pun ok, ceh ceh pada hal Haziq baru darjah 1.

Pagi Haziq sekolah di SRA dan belah petang pula ke Sekolah Kebangsaan.

Jam 7pm lebih, selalunya baru kami dapat berjumpa semula. Kalau saya sampai dulu, memang tunggu di area parking di luar kondo. Maklumlah hanya satu kereta sahaja yang boleh parking di dalam. Kereta satu lagi kena parking di luar.
Sampai sahaja kereta HC, maka sesi pindah kereta bermula. Angkat anak-anak yang tengah tidur kepenatan, angkat barang-barang lain, done.

Saya sentiasa berdoa pada ALLAH supaya kami sentiasa di beri kesihatan yang baik supaya dapat menjaga dan membesarkan anak-anak comel semua.
Alhamdulilah family sentiasa membantu sekiranya ada kesulitan.Syukur sangat dengan rahmat dari ALLAH pada kami sekeluarga.

Hari ini, HC menghantar borang prasekolah untuk Haifa. Tarikh tutup hantar borang ialah pada 31 August.
Semoga di permudahkan urusan untuk Haifa dapat bersekolah di sekolah yang sama dengan abang Haziq. Tahun depan umur princess masuk 5 tahun. Kami mohon prasekolah untuk Haifa.
Hanya 50 orang sahaja yang akan di pilih nanti.

Semoga urusan ketibaan jenazah dari MH17 yang sepatutnya hari Sabtu telah di tunda ke hari Selasa 2 Sept 2014, di permudahkan ALLAH, ameen.

Merdeka Merdeka Merdeka

Selamat menonton ASTRO free all channels pada jam 6 petang ini hingga ke 12 pagi 1 September nanti.

Selamat bercuti.

Wasalam
Me in YELLOW.






2 comments:

Unknown said...

Kita belum register lg prasekolah ayun..huhu..

Ms Haslina said...

nanti buat ek,
biasa lah kita ni anak kecik2.
semua perkara terkejar gitu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails