Followers

Tuesday, February 8, 2011

memang terasa lainnya kali ini

Semenjak aku gilos minum air milo ais ini, tidak sangka ada orang lain pun sama mengidam macam aku. Hendak buat macamana kan, namanya pun suami isteri gitu. Makanya hubby pun terjangkit dengan aku minum milo ais.
hikhik.

 milo ais

Entahlah, masa pregnantkan Haziq and Haifa dulu, rasanya tidaknya aku minum milo ais ini. Aku prefer minum limau ais gitu. Erm...tapi memang terasa lainnya pregnant kali ini. Mungkin kerana aku 1st time makan omega 3 ini 2 kali sehari. Yang penting aku sudah tidak muntah lagi dan ada sedikit selera makan. Kuasa ALLAH, setiap pregnant itu pasti berlainan...kan kan. Sure orang yang anak ramai lagi banyak pengalaman gitu.

Omega - 3 

Maklumnya aku cuma boleh makan sikit-sikit sahaja. Itupun punyalah payah hendak pilih makanan. Paling seksa kalau waktu lunch dan dinner. Macam hendak menangis dibuatnya. Apa aku hendak makan ini?. Selera memang out gitu. Tapi aku tetap kena makan, perut perlu di isi.
Akhirnya gitu-gitulah lauk yang aku makan.
Macam semalam, aku lunch dengan sedikit nasi berlaukkan tempe dan ubi kentang goreng. Alhamdulilah, ok sahaja aku makan.
Malamnya pula, aku dinner nasi, ayam goreng kunyit dan sayur kobis bunga sahaja. Itupun bercinta sungguh hendak habiskan.
Jujurnya aku banyak kali makan tidak habis dari habis.
Aku tidak larat.
Walhal baru 15 weeks, tapi sudah tidak boleh isi makanan dalam perut banyak-banyak.
;))
hikhik.

11 comments:

Ieda Al-Habsyi said...

ramai kata makan omega waktu mengandung sangat bagus untuk perkembangan, rasa nak cuba je tapi ieda belum ngandung2 lagi, hehehe :)

haslina said...

itulah, akak dengar gitu gak. tp rasanya org tak ngandung pun leh makan kan.
semalam bual ngan makcik akak umur da over 50 years old. dia cakap doc yg suggest dia makan omega 3 for vitamin.

e.l.i.s.s.m.i.e said...

bestnya milo ais :) minum manis2 kot2 bb girl pulak :)

haslina said...

hikhik...
makcik aku dulu pun mmg gilos air milo ais gak..tapi anak2 dia lelaki
;))

wahida said...

salam nak tanya...apa khasiat omega 3 ni ye...bagus utk org pregnant ye?

haslina said...

wahida - salam kembali...mmg secara keseluruhan, tak pasti apa khasiatnyer...
tp mmg suggested lah...

Myra Jay said...

Milo Ais memang sedap.. MJ pun suka.. ;)
Permulaan preggy memang tak lalu makan kot kan??

mr'mama said...

selalu jd mangsa makanan :-"

haslina said...

myra - asalnya klu time biasa mmg x suka minum ais. mesti minum air panas. tp time preggy ni ish ish nak yg berais je gitu...

bergantung pada orang juga, ada org yg memang sentiasa berselera sahaja gitu...

mr'mama - im sorry sayang...membazir tu kan x bagus..
;))

oya said...

take care

haslina said...

oya - tq dear...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails