Followers

Tuesday, September 29, 2009

transformers movie.


Ahad lepas memang tiada kemana-mana pada waktu siang.
Ialahkan malam minggu itu sudah penat kaki aku ini berjalan mencari sandal. Tengahari itu kami lunch lauk kurma ayam yang di masak oleh En Hendra. Lauk itu memang kegemaran dia. Aku kurang larat hari ahad itu...kecian dia kena masak sendiri. Aku cuma tolong panaskan kepak ayam dari Tawau. Jumaat malam yang lepas kami dapat buah tangan dari Tawau. Mak mentua masakkan rendang daging, adik ipar aku pula tolong carikan kepak ayam dan ------- yang dicicah dengan sambal belacan (pedas gila tapi sedappp) sebab aku hendak sangat makan 2 benda itu. Alhamdulilah dapat juga aku merasa semua itu. Juga kuih raya yang adik ipar aku buat sendiri. Terima kasih sesangat. Kuih batang buruk memang En Hendra habiskan sendiri semuanya.

------- cicah dengan sambal belacan. Habis sepinggan aku makan. Lada besar itu pula dalamnya ada isi ikan. Sodappp..

Lepas makan En Hendra ajak menonton movie transformers. Mulanya malas hendak melayan sebab aku macam hendak baring sahaja. Lelama layan cerita itu, sedap pula. Penuh dengan action sahaja. Ialahkan cartoon ini memang kegemaran aku masa kecik-kecik dulu. Bila dapat tengok movie rasa lagi seronok kan. Bagi aku siapa-siapa yang minat cartoon ini sila-sila lah menonton movie ini.

Sepasang baju OREN, sepasang baju HIJAU.

Entahlah... mood kureng sikit hendak bercerita pasal Hari Raya. Tapi itu bukan bermakna raya tahun ini tidak meriah. Den ponek lah hari ini... Alhamdulilah tahun ini aku merasa berpuasa cukup sebulan dan berhari raya dengan perut boyot gitu. Kandungan aku masa itu dalam 22 weeks. Juga seronok sebab 2 pasang baju raya aku tetap dapat aku pakai...masih muat lagi. Kami beraya di kg aku sehingga hari rabu @ 4 syawal sahaja. Sebab nya hari khamis itu aku ada check up di klinik dekat rumah di KL. So petang rabu itu kami sudah bertolak balik KL.

Raya tahun ini alhamdulilah dari pagi until tengahari raya pertama dan kedua, rumah dikg meriah dengan saudara mara dan rakan datang berhari raya. Lepas zuhur gitu, memang satu rumah keluar pula pergi beraya di rumah saudara mara. Raya ke2 macam biasa semua pergi lunch rumah berbuka di rumah abang ngah aku. Sodap sungguh, raya ke2 sudah dapat merasa nasi putih, masak lemak cili api udang + peria, ayam masak merah (fav. aku nie), kari daging juga sayur campur. Petang nya pula sempat lagi aku merasa juadah berbuka puasa abang ngah aku yang di masak oleh kakak ipar aku iaitu BAKSO...peh hirup sup panas-panas lagi...sodddap...
Raya ke 3 itu aku dan En Hendra duduk dirumah sahaja sebab aku tidak larat sudah hendak berjalan raya. Haziq pula di bawa beraya oleh emak dan ayah aku.

Raya kali inilah pertama kali nya semua juadah raya licin gitu. Tidak pernah-pernah jadi gitu sebelum ini. Itu menunjukkan meriah sungguh kan raya tahun ini.

Hari raya ke 2. Aku berbaju kurung hijau.


Lewat petang di 1 syawal. Tinggal aku sahaja berbaju kurung OREN.

Monday, September 28, 2009

Sandal ku sayang..

Masa ini hati begitu berbunga sebab sudah dapat sandal yang sesuai untuk kaki comel ku tapi sudah start tembam. Location MID VALLEY.

Tapi boleh lah pulak saiz yang aku hendak sudah tiada lagi. Whuaaa..

Alhamdulilah di KLCC ada sandal saiz aku dengan dua-dua warna sekali. Syokk..

Lepas dapat sandal baru, kami mengisi perut di kedai kesukaan aku. Burppp..alhamdulilah.

Hari sabtu lepas, En Hendra seperti biasa lah mesti ada sahaja plan dia hendak keluar berjalan-jalan. Kalau ikutkan aku sememang nya hendak duduk rumah sahaja. Aku bukan ada kaki yang suka berjalan. hik hik.
Ialah kan, kaki aku sudah memerlukan sandal baru. Masa balik ke kg sebelum hari raya lepas memang sudah berkenan dengan satu sandal di BATA COMFIT. Tapi boleh lah sandal yang saiz aku mesti sahaja sudah habis. Tension jea kan!!!!!
Sehari sebelum raya itu pun sempat kami ke kedai bata di Pilah, ermmm belum sampai lagi sandal yang aku hendak itu ke kg den tu. Lepas makan di rumah terbuka abang aku pada raya kedua itu pulak sempat lagi kami ke kedai bata di Bahau..semata-mata untuk mencari sandal aku tuuu. Tapi tiada juga...hampa kan. Yang aku pelik juga kan..di kedai bata tesco ampang pun tiada sandal itu....eeeeeeeehehehe..

So petanggg rembang sabtu itu kami ke MID VALLEY. Sesungguhnya jalan clear dan di dalam MID VALLEY pun clear. Habis semua kedai kasut kami masuk. Payah sungguh hendak mencari yang sesuai dan selesa di pakai. Lastly ada satu yang aku minat dan best untuk di pakai. Tapi macam biasa semua yang aku hendak mesti saiz sudah habis...aku kuciwa lagiiii!!!!

Terus aku suggest pada En Hendra supaya pergi mencuba di kedai di KLCC pula. Harap-harap adalah. Sooo kami kesana semata-mata kekedai kasut sahaja.
ALHAMDULILAH akhirnya aku sudah dapat apa yang aku hendak. I'm sooo happy.

Sebelum balik rumah, kami dinner dulu. Syokkk...dapat makan NASI PAD KAPAU yang aku suka since tahun 2005 lagi rasanya...sodappp...

Friday, September 25, 2009

Masuk kerja petang di 6 syawal 1430..

Layan muka boring di office petang hari ini.

Disebabkan aku sudah lunch dirumah sebelum masuk office tadi, aku cuma layan roti + chees + milo O buat alas perut.


Hari ini aku masuk berkerja. Ada 4 orang rupanya dalam office hari ini. Ialah kan aku cuma nampak 3 orang sahaja mula tadinya. Tapi aku masuk kerja sebelah petanglah. Kiranya pagi tadi aku masih bercuti..hik hik. Round bawa kereta tadi dalam kawasan office, memang sunyi sepi sahaja. Yang aku perasaan kereta yang ada itu pun ialah owner kereta yang tidak menyambut raya. Kiranya semua yang menyambut aidilfitri memang tengah bergembira lagi di kg....hik hik.

Semalam petang kan aku pergi buat rutin check-up di klinik gomen. Memula confirm kena 'bebel' dengan nurse di klinik sebab aku miss pergi klinik untuk 3 dan 4 bulan pregnancy. Entahlah, aku memang malas hendak pergi klinik waktu ramadhan hari itu. Tidak kuasa aku hendak menunggu lama dekat klinik semata-mata hendak buat check-up. Aku berdoa sahaja berharap kandungan aku sihat sepanjang kepontengan aku ke klinik itu.
Alhamdulilah semuanya dalam keadaan baik selepas selesai pemeriksaan semalam. Macam biasalah sebab berpuasa, mesti berat badan pun turun kan. Rupanya aku kena cucuk kancing gigi (kalau tidak silap aku lah) lepas itu. Alahai cucuk lagi. Ermmm.
Menjelang malam tadi, tangan aku sudah rasa sakit. Bengkak di kawasan kena cucuk itu. Aduh sungguh tidak selesa hendak tidur.
Aku fikir-fikir, aku yang dewasa ini pun rasa sakit kalau lepas kena cucuk. Patutlah budak-budak kecil sampai demam kan lepas kena cucuk...keciankan.

Pagi tadi dalam jam 4.45am, aku terbangun dari tidur. Bukan apa, tidak selesa kan tidur dengan tidak boleh tidur mengiring kekiri kan. Perut aku tetiba lapar, macam langsung tiada makanan gitu. Badan punyalah penat, malas hendak bangun. Since masuk 5 months ini memang aku selalu penat, memang macam tidak larat sahaja. Aku gagahkan diri bangun ambil segelas air soya dan sekeping roti buat pengalas perut.
Mesti perut aku ini sudah terbiasa makan sahur waktu-waktu begitu masa ramadhan hari itu..elok-elok sahaja lapar masa itu.

Thursday, September 24, 2009

Sikittttttt jea update....

Hari ini aktiviti kami sekeluarga ialah membeli makanan untuk lunch di Mobil Mart.

Malam tadi selamat sampai kami sekeluarga dari kg.
Alhamdulilah jalan pun clear jea. Itu pun sebab kami ikut LEKAS HIGHWAY. Kalau ikut PLUS...dunno lah kan...jem atau tidak. Sampai seremban tu kami sempat singgah beraya di rumah officemate aku. Kami di jamu dengan roti arab yang di cicah dengan kari daging. Sedap juga ek, terima kasih my pren. Disebabkan kesedapan itu, insyallah malam ini atau esok aku pulak hendak buat juadah begitu untuk kami sekeluarga....yummie.

Insyallah jam 2 nanti aku hendak pergi klinik untuk check kandungan aku. Sudah hari ini free kan, so banyak lah benda boleh buat kan. Lepas itu seperti biasalah ke tesco kami untuk membeli barangan dapur. Kosong wehhh peti sejuk aku tu...so hendak penuh kan semula lah. Cerita raya nanti-nanti yea.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails