Followers

Friday, September 25, 2009

Masuk kerja petang di 6 syawal 1430..

Layan muka boring di office petang hari ini.

Disebabkan aku sudah lunch dirumah sebelum masuk office tadi, aku cuma layan roti + chees + milo O buat alas perut.


Hari ini aku masuk berkerja. Ada 4 orang rupanya dalam office hari ini. Ialah kan aku cuma nampak 3 orang sahaja mula tadinya. Tapi aku masuk kerja sebelah petanglah. Kiranya pagi tadi aku masih bercuti..hik hik. Round bawa kereta tadi dalam kawasan office, memang sunyi sepi sahaja. Yang aku perasaan kereta yang ada itu pun ialah owner kereta yang tidak menyambut raya. Kiranya semua yang menyambut aidilfitri memang tengah bergembira lagi di kg....hik hik.

Semalam petang kan aku pergi buat rutin check-up di klinik gomen. Memula confirm kena 'bebel' dengan nurse di klinik sebab aku miss pergi klinik untuk 3 dan 4 bulan pregnancy. Entahlah, aku memang malas hendak pergi klinik waktu ramadhan hari itu. Tidak kuasa aku hendak menunggu lama dekat klinik semata-mata hendak buat check-up. Aku berdoa sahaja berharap kandungan aku sihat sepanjang kepontengan aku ke klinik itu.
Alhamdulilah semuanya dalam keadaan baik selepas selesai pemeriksaan semalam. Macam biasalah sebab berpuasa, mesti berat badan pun turun kan. Rupanya aku kena cucuk kancing gigi (kalau tidak silap aku lah) lepas itu. Alahai cucuk lagi. Ermmm.
Menjelang malam tadi, tangan aku sudah rasa sakit. Bengkak di kawasan kena cucuk itu. Aduh sungguh tidak selesa hendak tidur.
Aku fikir-fikir, aku yang dewasa ini pun rasa sakit kalau lepas kena cucuk. Patutlah budak-budak kecil sampai demam kan lepas kena cucuk...keciankan.

Pagi tadi dalam jam 4.45am, aku terbangun dari tidur. Bukan apa, tidak selesa kan tidur dengan tidak boleh tidur mengiring kekiri kan. Perut aku tetiba lapar, macam langsung tiada makanan gitu. Badan punyalah penat, malas hendak bangun. Since masuk 5 months ini memang aku selalu penat, memang macam tidak larat sahaja. Aku gagahkan diri bangun ambil segelas air soya dan sekeping roti buat pengalas perut.
Mesti perut aku ini sudah terbiasa makan sahur waktu-waktu begitu masa ramadhan hari itu..elok-elok sahaja lapar masa itu.

3 comments:

maidatul said...

Da masuk keje kea...
Camne akak da scan ke baby boy o girl...

mamaarifakeemaisy said...

Salam singgah..eheh...nama kita sama la.. :)..jom tukar link :)..tmbh2 kenalan..bestkan..kalo sudi...!

Ms Haslina said...

akma ~ da tak tahu nak buat aper kat umah..so pi lah kerja...hik hik..

lom scan lagi..cam belum ada mood nak scan..

mamalieyna ~ tq dan salam singgah juga..ok...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails