Ahad lepas memang tiada kemana-mana pada waktu siang. Ialahkan malam minggu itu sudah penat kaki aku ini berjalan mencari sandal. Tengahari itu kami lunch lauk kurma ayam yang di masak oleh En Hendra. Lauk itu memang kegemaran dia. Aku kurang larat hari ahad itu...kecian dia kena masak sendiri. Aku cuma tolong panaskan kepak ayam dari Tawau. Jumaat malam yang lepas kami dapat buah tangan dari Tawau. Mak mentua masakkan rendang daging, adik ipar aku pula tolong carikan kepak ayam dan ------- yang dicicah dengan sambal belacan (pedas gila tapi sedappp) sebab aku hendak sangat makan 2 benda itu. Alhamdulilah dapat juga aku merasa semua itu. Juga kuih raya yang adik ipar aku buat sendiri. Terima kasih sesangat. Kuih batang buruk memang En Hendra habiskan sendiri semuanya.
------- cicah dengan sambal belacan. Habis sepinggan aku makan. Lada besar itu pula dalamnya ada isi ikan. Sodappp..
Lepas makan En Hendra ajak menonton movie transformers. Mulanya malas hendak melayan sebab aku macam hendak baring sahaja. Lelama layan cerita itu, sedap pula. Penuh dengan action sahaja. Ialahkan cartoon ini memang kegemaran aku masa kecik-kecik dulu. Bila dapat tengok movie rasa lagi seronok kan. Bagi aku siapa-siapa yang minat cartoon ini sila-sila lah menonton movie ini.
4 comments:
aku tengok dulu kat panggung..memang bleh layan laa..
mmg pun...mesti best klu tgk kat panggung...aku tgk kat umah jea...
ida tengok 2x
itu lah...rasanyer mmg kena tgk lagi...best kan citer tu...
Post a Comment