set aku
Jumaat sebelum dapat gaji hari itu, aku mengikut opismate pergi Alamanda. Diaorang bertiga katanya mahu shopping baju sikit. Aku ini as usual tukang ikut sahaja, itupun kalau aku sudah boring duduk di opis. Sebelum masuk ke Parkson yang tengah sale masa itu, kami makan lunch dulu di en kenny ini.
Ya Allah punyalah ramai orang siap kena beratur lagi. Faham-fahamlah masa itu orang gomen baru dapat gaji, maka penuhlah dalam kedai itu dengan mereka-mereka. Aku cakap ini berdasarkan tag-tag nama yang duk terang bergantung di leher diaorang.
;))
Kalau diikutkan lagi sebenarnya aku bukanlah peminat makanan barat ini di tambah masa pregnant begini. Lagipun portion nya besar bagi akulah, memang aku confirm tidak habis nanti. Aku ini memang dasar kalau makan, confirm tidak boleh sumbat banyak-banyak. Tapi peliknya badan memang di kategorikan dalam saiz bulat gitu.
Kalau asalnya aku makan dengan hubby mestinya dialah yang tolong habiskan.
Kekadang kecian tengok dia, sendat perut sebab kena habiskan portion anak beranak.
Seperti yang di jangka-jangkakan, aku memang tidak habis pun part ayam tu. Sudah naik padat perut mak buyung ini dalam percubaan untuk habiskan portion ayam.
I'm failed SIN.
;((
garlic bread
Aku memang sukaaaaaa garlic bread. Walaupun asalnya aku ini tidak makan bawang putih ori itu.
Masa aku tengah syok makan siap cecah bagai sekali dengan mashed potato.
Sadisnyakan, walaupun aku cuma sempat capai satu sahaja bread. Yang lainnya telah selamat jatuh ke lantai. Ialah meja kecik sangat, kawan aku itu besarlah pula.
Disenggolnya pinggan itu, habis 2 keping bread terjun.
Sedih je kan.
Then boleh bagi alasan bukan dia penyebabnya.
Aku tidak suka.
;((
