Followers

Thursday, April 7, 2011

Ayam En kenny

set aku 

Jumaat sebelum dapat gaji hari itu, aku mengikut opismate pergi Alamanda. Diaorang bertiga katanya mahu shopping baju sikit. Aku ini as usual tukang ikut sahaja, itupun kalau aku sudah boring duduk di opis. Sebelum masuk ke Parkson yang tengah sale masa itu, kami makan lunch dulu di en kenny ini.
Ya Allah punyalah ramai orang siap kena beratur lagi. Faham-fahamlah masa itu orang gomen baru dapat gaji, maka penuhlah dalam kedai itu dengan mereka-mereka. Aku cakap ini berdasarkan tag-tag nama yang duk terang bergantung di leher diaorang.
;))
Kalau diikutkan lagi sebenarnya aku bukanlah peminat makanan barat ini di tambah masa pregnant begini. Lagipun portion nya besar bagi akulah, memang aku confirm tidak habis nanti. Aku ini memang dasar kalau makan, confirm tidak boleh sumbat banyak-banyak. Tapi peliknya badan memang di kategorikan dalam saiz bulat gitu.
Kalau asalnya aku makan dengan hubby mestinya dialah yang tolong habiskan.
Kekadang kecian tengok dia, sendat perut sebab kena habiskan portion anak beranak.

Seperti yang di jangka-jangkakan, aku memang tidak habis pun part ayam tu. Sudah naik padat perut mak buyung ini dalam percubaan untuk habiskan portion ayam.
I'm failed SIN.
;((

garlic bread

Aku memang sukaaaaaa garlic bread. Walaupun asalnya aku ini tidak makan bawang putih ori itu.
Masa aku  tengah syok makan siap cecah bagai sekali dengan mashed potato.
Sadisnyakan, walaupun aku cuma sempat capai satu sahaja bread. Yang lainnya telah selamat jatuh ke lantai. Ialah meja kecik sangat, kawan aku itu besarlah pula.
Disenggolnya pinggan itu, habis 2 keping bread terjun.
Sedih je kan.
Then boleh bagi alasan bukan dia penyebabnya.
Aku tidak suka.
;((

7 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

lama tak makan en kenny.hubby tak suka sangat.

Ina Hashim said...

lin

akak n hubby mmg suka kenny rogers ni dari lom ada anak dulu....sodapsss

haslina said...

eliss - sama lah tu sebenarnya. hubby kurang suka juga. kata dia portionnya kecik dan harganya mahal.
;((

kak ina - hikhik. mmg betul tu kak mmg sodap. tp harganya mahal gitu.
;((

Nava.K said...

the chicken esp with the gravy is oozing with flavor, what more with the potatoes. Can't remember when was the last time I eat here, but your posting is like asking to try out now.

mamalieyna said...

huu sedihnya..dah la ibu mengandung tu..tk kempunan ke pastu..hu~

YUL said...

alolo, keciannye, buat garlic bread tak susah la, rasanya boleh buat sendiri, huhuhu

haslina said...

eina - bengang juga masa itu, tapi alhamdulilah dapat gak rasa sekeping.
;((

yul - hihihi betul tu yul. beli je sapuan yang da siap tu kan. tunggu sapu pada roti jak.
;))
bagusssss cadangan tu. tq

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails