Followers

Wednesday, April 6, 2011

Sup daging bawah pokok.

the soup

seronok dan amat sedap di makan dengan nasi lemak bungkus

Citer ini sudah lama gitu. Tapi tetap masih boleh di kongsi bersama gitu. Tengahari Jumaat itu, aku dengan officemates pergi makan di kedai sup bawah pokok namanyalah. La nie pokok itu sudah tiadalah. Yang ada cuma deretan kedai baru yang lebih teratur. Namun ampun gitu, amat panas sungguh kalau makan di situ. Aku rasa siapa-siapa yang kerja di area Uniten, Putrajaya dan kawasan sewaktu dengannya mesti tahu tempat glemer ini.

Aku ini memang baru 2 kali pergi sana sepanjang bertahun-tahun kerja di sini. Dan memang pertama kalinya juga aku order sup daging dan nasi lemak.
Serius gitu, dagingnya memang lembut. Daging pun banyak. Kuahnya pula jangan main-main tau, PEDAS ye. Tapi simpul-simpul memang puji gitulah.
Walaupun rasa janggal, tapi sodap pula makan nasi lemak with sup ini. Mengena sahaja gitu.
Yang aku suka nasi lemak ini ialah sambalnya banyak ikan bilis. Sambal pun mantap.
Namun bungkusannya kecik sahaja. Lazimnya orang mesti makan 2 bungkus nasi lemak with satu mangkuk sup.
Kalau tidak silap aku, kedai ini open mula dari tengahari gitu. So jangan datang awal-awal sangat ye.

my Longchamp

saiz medium gitu

Rasanya beg ini memang sudah lama berada di pasaran ori atau pun tidak ori. Tapinya aku tidak pernah peduli pun untuk beli atau pun minat. Lagipun aku bukan kaki beg.
Hatta beg sedia ada sudah koyak, maka aku layan 2 beg ini. Satu color oren dan satu lagi saiz besar sikit dari yang ini color dark green.
Okies, aku suka. Sebab beg ini amat ringan.
Bagus sebab bahu aku tidak sakit.
;))

Aku macam ada cadangan untuk berkongsi beg jenis gini tapi color lain atau pun saiz lain dengan kawan-kawan blogger yang lain. Namun aku tengah fikir-fikir apa jenis pop kuiz@contest yang aku hendak buat.
Erm.



9 comments:

saya_arief said...

sup dan nasik lemak ituu.
sungguh menyelerakan..
:D

feyus said...

Huyoo. melelh air liur tengok sup nih!!
Tutorial untuk Social Seeding Churpchurp (assignment)

haslina said...

saya_arief - sungguh sungguh memang sedap.
;))

feyus - bukan takat leleh. mmg berpeluh klu makan kat situ.

Matjoe said...

fuuu, ni kt mana ni, mcm best jer sup dia

haslina said...

hihi.
abang mat joe.
kedai asal tu nama kedai bawah pokok. dekat2 dgn uniten, shoplot kedai makan LOT10, pusat latihan byk2 bank.
kedai la ni mmg tepi jalan.

Ina Hashim said...

nyam nyam sedapnya
owh..sungguh menarik tertarik beg iteww

haslina said...

itulah kan kak. insyallah nanti nak fikir nak wat contest. tp beg color lain lah gitu.
;))

Nava Kishnan said...

The ones bawah pokok taste better than those offered in posh restaurants.

haslina said...

yes it is nava. but once they moved to proper place the taste of the food also 'moved'.
;((

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails