Rasanya sama macam pregnantkan Haifa dulu, aku mulai rindu dengan air tangan aku sendiri. Boleh gitu...kan.
Tapi buat masa ini terus terang aku katakan yang aku masih gantung senduk periuk bagai. Aku belum mampu lawan bau bauan yang tidak boleh aku terima kalau hendak masak sendiri.
Masa pregnantkan Haifa dulu, aku siap buat karipap sendiri lagi. Punyalah hendak makan yang sendiri buat. Macam hendak patah pinggang aku, duduk berdiri masa uli tepung dan buat karipap.
Namun hasilnya, sungguh maveles. Aku puas hati gitu.
Dan memang banyak lagilah makanan yang aku masak sendiri. Mostly yang semua tekak aku selerakan.
;))
Baru-baru aku cakap dengan hubby, bilalah kakak aku free untuk masakkan aku ketam. Kalau tidak pun sambal sardin ke?.
Bukan apa, masakkan kakaklah yang mostly similar dengan masakan emak. Sebab itulah, dia sahaja harapan aku kalau aku tidak balik kg.
Hik hik, demand tu aku hendak makan apa.
Tapi apa-apa hal aku masih boleh bersabar.
Selagi boleh sabar, aku akan terus bersabar.
;))
Setakat inilah, setiap kali aku pregnant, mesti itu-itu sahaja makanan yang aku hendak makan. Alhamdulilah, tidaklah aku hendak yang lain melainkan yang itu juga.
Tapi yang sempoi 2 ini memang aku tidak sabar hendak makan.
Tengoklah kalau free dan larat cuti ini, aku akan cuba masak. Lagi pun aku cuma cuti hari Sabtu sahaja. Hari Ahad aku kerja.
;((
Jemput ikan bilis
Lempeng sempoi cicah dengan kuah masak lomak cili api
Lempeng sempoi
No comments:
Post a Comment