Picture ehsan internet
Hik hik, hari ini kerja weh. Macam biasa kalau ikut jadual aku mengajar student diploma part time hari ini. 7 hours tau. Dari jam 9am until 5pm. Layan sahajalah.
Lagi best payment mode is by CEK, maka tidak perlu tunggu gaji masuk hujung bulan. Rezeki rezeki...alhamdulilah.
Memandangkan aku memang sudah fedup untuk fikir hendak makan apa pagi hari. Makanya aku dari malamnya sudah beritahu hubby, aku hendak bawa bekal pergi kerja.
Alhamdulilah, lately ini apa sahaja hubby masak semuanya aku selera untuk makan. Walaupun bukan banyak, cukup untuk alas perut.
Malam tadi, hubby masak daging masak kicap dan sawi goreng. So pagi tadi aku bekal nasi dan lauk daging...burp.
Disebabkan masa pagi tadi masih awal aku bolehlah pula melencongkan diri ke gerai jual nasi kerabu gitu. Hati meronta-ronta hendak beli nasi kerabu. Makannya entah bilalah kan. Yang penting beli. Cuma beli nasi kerabu biasa berlaukkan telor masin.
Laginya aku beli kuih muih disitulah termasuklah pulut panggang@pulut bakar. Suka pula aku makan kuih kelantan ini sebab intinya inti ikan.
Pulut bakar
4 comments:
sesekali merasa makan masakan kelantan ok..tp tak bleh selalu..hehe..nasi kerabu mmg best, tmbh best kalau ada dgg bakar kan..
salam.. sedap nampak... pulut bakar tu nak menarik... nak satu..
salam singgah dari dinaz..hai kak..berselera dinaz tgk gambar nasi kerabu kelantan tu..wah dah lama tak ke sana..tapi kalau setakat nak makan nasi tu kat negeri lain pon leh dapat ye tak!...memang menyelerakan lah..wah hubby akak pandai masak ek?..bertuah badan.
lieyna - samalah kita, mmg fav lauk daging bakar...
tp since pregnant ni..layan yg biasa sahaja dgn lauk telor masin...
dik farid - hikhik...boleh saja...
dinaz - mmg x pernah dpt mkan nasi kerabu di kelantan pun. sebab x pernah pg sana lagi.untung dimana2 ada nasi kerabu..kan..
alhamdulilah..hubby mmg ringan tulang...
Post a Comment