Followers

Wednesday, February 2, 2011

mood aku memang sudah hilang untuk menulis

Weih weih weih....mood aku memang sudah hilang untuk menulis. Ialahkan, duk layan pening kepala, penat dan asyik rasa hendak baring sahaja sekarang ini. Sebab perkara rutin yang biasa di buat dulu sudah terpinggir.
Tapi aku layan sahajalah tulis apa yang tertaip di jari comel ini.

Before ini memang aku mengajar 6 kelas with 4 subjects. Tetapinya, semenjak balik dari cuti, mc dan unpaid bagai dekat hendak sebulan sepanjang January 2011, makanya bos besar aku itu asalnya tidak bagi langsung aku mengajar. Weih...apa pula aku hendak buat di office until the next semester which will start on 17 April. Biar benar gitu.
Bos risau dengan 'kelepetan' aku ini kalau pregnant. Memang confirm cuti mc sahaja nanti.
Walaupun ada 1 subject yang hardcore sikit iaitu Structural Analysis. Itu yang bos suruh aku bagi pada lecturer parttime sahaja.
Mula-mula aku rasa seronok jugalah, sebab ringan gak 2 kelas yang aku kena ajar from 6 kelas sebelumnya.
Tapi aku fikir dan fikir lagi. Memang dari Haziq then Haifa aku memang kekalkan mengajar subject calculation, makan kismis dan juga kacang kacangan. Harapan aku besar untuk anak-anak aku bijak start dari dalam perut lagi.
Then bila kali ini aku tidak mengajar kira-kira, rasa tidak sedap hati sungguh.
Maka akhirnya aku buat keputusan mengajar SA itu dan 1 lagi juga yang merupakan subject calculation juga.
Alhamdulilah.
Walaupun aku terpaksa mengajar student seramai dekat 100 orang akhirnya, aku pasrah demi anak dalam perut.
;))
Semoga ALLAH permudahkan urusan dan kesihatan aku sepanjang semester ini...amin amin amin.

selamat bercuti panjang pada semua

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails