Followers

Wednesday, June 22, 2011

Durian dan tong gas

Hari itu, Haziq tetiba cakap kat aku yang dia hendak makan durian.
Dari mana datang idea, aku tidak tahu.
So masa itu tidaklah aku melayan pun.

Tetiba malam tadi hubby beli 2 buah durian. Saiz besar-besar gitu.
Sebiji itu memang sudah kuning pun kulitnya. Yang sebiji lagi masih hijau.
Kalau di ikutkan, memang aku perasaan mana-mana stall jual durian nampaknya sudah berkurangan. Kalau ada durian pun adalah dalam  kelompok yang kecil.
Nampak sangat yang musim durian mungkin sudah berakhir.

Sudah di belikan durian. Aku pun join lah makan sekali. Sedap.
Haziq punyalah happy bila tengok ada durian.
Haifa erm, nampaknya memang dia tidak minat makan durian.



Asalnya hubby keluar malam tadi ialah untuk membeli gas. Makluman gas di rumah sudah habis. Nama sahaja ada 2 tong. Dua-dua kosong.
Selalunya memang aku perasaan memang ada sahaja lori gas lalu depan rumah hari-hari.
Tidak pula teringat hendak beli untuk ganti tong gas yang kosong itu.
Makanya, sudah malam-malam mana hendak cari tong gas.
Aku suggest pada hubby untuk beli gas di Stesen Petronas.
Tidak pernah pun beli di situ sebelum ini.
Pusing-pusing, akhirnya hubby beli di kedai runcit di BK4.
Namun harganya lebih RM4 dari harga kalau beli sebelum ini.
Apa-apa hal, alhamdulilah sebab ada juga temper beli gas.
Ialah, kami memang masak air panas guna cerek sahaja.
Risau juga, macamana hendak buat susu budak-budak ini kalau air panas tiada.
Lagi-laginya, aku ini malam-malam nanti mesti hendak air MILO buat pengalas perut sebelum tidur.
;))

5 comments:

Eliss said...

anak aku ms besar ni, makan buat muka berkerut tu.pastu mintak lagi :p tapi skang dia tengah makan ubat eczema, terpaksa sorok durian, mkn senyap2 ngan hubby :p

maidatul said...

best kan dapat makan durian.. tapi musim nie kat kg memang xde durian huhuhu rasa x puas makan...dpt makan pun rezeki dari adik ipar yg bawak...kalo nak cari tepi jln memang x jumpa puas pusing2...
Slalu kalo gi KL ikut hulu langat banyak durian ini langsung tadak :(
rasanya tahun nie durian x meriah sgt...

Ms Haslina said...

eliss - alahai cian Nuha. semoga sakit dia tidak teruk sgt.
mungkin nanti2 leh makan durian semula.

akma - alahai ciannya mak yong nie. kat area umah akak ni mmg ada je stall durian.
tp kat kg mmg tgh tak musim gak.

BB Luvs Me said...

yummy durian! :)

btw if you are interested, visit our blog and join our giveaway at www.bbluvsme.blogspot.com.

BB Luvs Me
www.bbluvsme.com

Ms Haslina said...

ok dear. i will.
tq for visiting.
;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails