Followers

Monday, June 6, 2011

Ikan goreng bercili, Masak lemak Kobis dan Jemput with resepi.

Macam biasa, masuk kandungan 5 bulan lebih awal April hari itu, maka aku pun barulah terhegeh-hegeh kembali berkhidmat di dapur.
;))
Very late gitukan. Aku kan memang kalau pregnant memang teruknya.
Sama macam masa pregnantkan Haifa dulu dalam umur kandungan gitu-gitulah aku baru kembali kedapur.
La nie kandungan aku  sudah masuk 8 bulan minggu ini.
Lagipun aku tahu hubby sudah rindu dengan masakan aku. Menda biasa-biasa sahaja aku masak. Tapi air tangan isteri kan. Tak leh lawan mana-mana pun.

Makanya semalam aku yang tukang planning untuk masak apa. Hatta tekak orang mengandung. Namun tetap tanya hubby dulu, dia setuju tak dengan rancangan aku itu.
Maklumlah, selera Sabah dengan N9 manalah sama weh.
Tapi JODOH dan CINTA itu yang menyatukan segalanya.
huhu.

Bangunnya confirm lambat di pagi Ahad yang panas semalam. Sudah tengahari rembang kami sefamily kepasar segar berhampiran rumah.
Malangnya, ikan kecik-keciklah pula.
Hubby memang tidak minat tengok saiz ikanan itu.
So melenconglah kami ke JJ taman equine pula.
Alhamdulilah, ikan besar-besar. Dan aku suka juga sebab udang kecik yang aku hendak pun ada.
Mengidam mak buyung ini hendak buat jemput bubuh udang.
Habis beli barang sempat gak layan ais di situ dengan roti-rotian sekali. Lapar.
Samapi rumah, aku terus landing atas sofa. Tired weh.
Hubby terus kedapur siang ikan selar 4 ekor. Harga RM11 lebih. Puas hati sebab ikan besar dan segar.
Memang setakat ini kalau membeli barang sgar di JJ, mesti puas hati.

Akhir kata kami makan lunch dekat jam 4pm. Cian budak-budak, lapar. Before tu memang sudah berapa kali minum susu.
;((
Sebab malamnya kami cuma makan jemput.
Jangan terkejut, dekat jam 12 malam. Satu family makan late dinner.
Time pregnant bolehlah suka-suka hati makan nasi tengah malam. Ialah perut aku lapar.


Yang ini aku punya. Ikan goreng bercili. 

Senang je resepinya. 
Tumbuk kasar gitu serai, bawang putih dan merah, halia dan cili api. 
Tumis semuanya until kering masukkan pula sedikit cili boh. 
Jangan lupa letak garam. 
Then setelah cantik dan naik bau masukkan ikan yang telah siap di goreng.


Ikan goreng untuk hubby dan anak-anak. 


Kobis masak santan. 

Serius aku lupa macamana hendak masak. So tengok internet je lah. Sempoi je. 
Bawang putih, merah dan halia. Tidak perlu di tumis.
Didihkan sekali santan dengan bahan tadi. 
Kemudian masukkan kobis. 
Boleh juga masukkan sekali ikan bilis dan cili besar merah.


Malamnya pula gigih bersihkan udang kecik-kecik. 

Aku buat jemput. Puas hati sungguh. 
Bahannya.
Tepung gandum, garam, udang, air, sedikit cili boh.
Adunan jangan terlalu cair dan terlalu pekat. 
Gunakan air biasa sahaja, bukan air panas ye.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails