Ampun sungguh musim panas masih lagi cuaca utama di Malaysia ni kan.
Aku pula, ntahlah pregnant kali ini memang paling tidak tahan dengan panas.
Padahal dulu masa pregnantkan Haziq dan Haifa aku rilex sahaja dengan layanan kipas. Sebab memang aku ini asalahnya tidak tahan sejuk. Kalau masa bukan pregnant, orang lain kata panas. Aku ini layan ok sahaja. Namun begitu aku tetap teruskan tidur dengan memakai stokin until now.
Tapi sebab rasanyalah, cuaca penyebab utama kali ini aku sebagai ibu mengandung tidak tahan bahang panas.
Syukur alhamdulilah, pregnant kali ini ada rezeki ber aircond.
;))
Sabtu lepas, hendak atau tidak aku on kan aircond di siang hari. Sebabnya, aduhai sungguh sungguh tidak tahan. Kalau tidak memang rasa macam rimas sangat gitu.
Malam-malam pun aku minta hubby on aircond awal dari biasa.
Aduhai memang bercinta juga bila tengok bill electric start bulan lepas. Habis itu hendak buat macamana kan.Redha je.
Ada orang suka mandi malam sebab tidak tahan panas. Itu memang cerita 2, 3 orang member aku yang pregnant. Hendak buat camna, kalau sudah panas benar.
Tapi aku memang tidak kuasa hendak mandi malam-malam. Cukup-cukuplah, mandi 2 kali sehari tu ;)).
Entahlah, aku ini memang ingat pesan arwah nenek aku supaya jangan mandi malam-malam. Nanti sudah tua, boleh kena sakit tulang.
No comments:
Post a Comment