Followers

Thursday, March 1, 2012

Rezeki.

Aku terjumpa file ini dalam simpanan di folder pc aku bertarikh 29/4/2004.

Haji Seman terkejut mendengar orang beri salam kapadanya dari belakang. "Waalaikumsalam warahmatullahi wabaraktuh," dia menjawab sambil menoleh kebelakang. Sarjan Khamis rupanya.
"Dari jauh saya nampak Pak Man kat warung mamak Kooty tadi," kata Sarjan Khamis. "Ah ah. Ni beli lauk. Mak haji ko tu kurang sihat. Tak masak ari ni," jawab Haji Seman sambil menunjukkan bungkusan ditangannya.

"Sakit apa mak haji tu?" Sarjan Khamis bertanya. "Ah, sikit jer. Sengal-sengal kat badan dia. Biasa le. Dah tua-tua ni," Haji Seman menjelaskan. Namun pandangannya tidak tertumpu pada teman percakapannya itu kerana dari jauh dia melihat sepasang hamba Allah sedang tergesa-gesa.
"Eh? naper lak dengan siAbu laki-bini tu. Tergesa-gesa jer," dia bertanya. "Ya tak ya..eh, Pak Man," kata Sarjan Khamis.

Kedua suami-isteri itu, Abu dan Azizah, semakin hampir. Haji Seman segera menyapa mereka. "Assalamualaikum. Apasal ni, Abu. Kelang kabut, jer."
"Anak saya kemalangan, Pak Man," Abu menyahut dengan tergesa-gesa sehingga lupa menjawab salam Haji Seman.

"Mana satu?" Sarjan Khamis bertanya. Abu dan Azizah mempunyai empat orang anak yang sudah bersekolah semuanya. "Junaidi, Sarjan," jawab Abu. "Tadi ada orang dari sekolah dia datang kerumah. Katanya Junaidi dibawa ke spital. Dia jatuh tergelincir. Kepalanya berdarah katanya."
"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun," sambut Haji Seman. "Ha? pergi le nko cepat. Nko ada duit tak?" Haji Seman bertanya lagi. Dompetnya sudah ditangan.

"Tak?.takpe le, Pak Man," kata Abu. Gugup. Segan dia dengan Haji Seman. Sudah banyak kali Haji Seman memberi tanpa diminta. "Udah le. Nko ambil ni buat apa-apa urusan yang patut. Nah!' paksa Haji Seman. Wang seratus ringgit dimasukkan kedalam saku baju Abu.
"Terima kasih, Pak Man," Abu dan isterinya hampir serentak mengucapkan kalimah itu. "Sesama. Ha? pergi cepat," gesa Haji Seman. "Cepat bagi tau kalau ada apa-apa."

Abu dan Azizah segera beredar. Haji Seman menggeleng kepala tanda simpati. "Alhamdulillah. Aku telah menunaikan amanah mu, ya Allah," dia berkata.
Sarjan Khamis mendengar ucapan Haji Seman itu. Dia hairan. "Kenapa, Pak Man," dia bertanya. "Amanah apa?"
Haji Seman ketawa kecil. "Awak tau, Sarjan," katanya. "Biasanya kalau saya nak kewarung mamak Kooty ni, saya cuma bawak duit yang cukup jer. Kalau lebih pun sikit jer. Tapi ari ni macam tergerak lak hati saya nak bawak beg duit saya ni."

"Memang le. Rezeki siAbu tu ada pada saya," sambung Haji Seman. "Camne lak, Pak Man," Sarjan Khamis masih bingung.
"Ya le. Kekadang tu rezeki yang kita dapat tu sebenarnya untuk orang lain. Walaupun pada zahirnya kita yang berusaha untuk mendapatkannya. Tapi pada hakikatnya Allah telah menyalurkan rezeki orang lain pada kita. Diamanahkan oleh Allah pada kita. Dan kita wajib melaksanakan amanah itu. Disamping merasa syukur kerana Allah telah meletakkan kepercayaanNya kapada kita."

"Kalau begitu percuma jer le apa yang kita usahakan tu," kata Sarjan Khamis. "Ish?mana lak percuma," Haji Seman membantah. "Awak dah dapat hak awak. Yang lebihnya tu. Ha..awak perlu berhati-hati. Sebab mungkin orang lain yang punya. Tak kira le sedara ke. Anak-anak ke. Sebab jalan yang Allah tunjukkan kapda mereka tu menuju kapada kita. Seolah-olah Allah berkata kapada mereka: "Pergilah engkau kapada
sifulan itu. Rezeki engkau ada padanya."
"Tapi macam mana kita nak tau yang rezeki tu milik orang lain?" tanya Sarjan Khamis lagi.

"Bila sampai masanya awak akan tahu sendiri," jelas Haji Seman. "Hati awak tidak akan bertanya lagi. Tidak ada soal ikhlas atau tidak. Tidak ada soal apa-apa lagi. Rezeki itu akan terus keluar kapada yang empunya bagai air dari pembuluh."
Sekian. Wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails