Followers

Thursday, March 8, 2012

Buku cerita hantu & kuala pilah.

Salam Khamis. Alhamdulilah. Syukur pada ALLAH.

Gambar kulit belakang.
Murah sahaja buku inikan. Dulu-dululah.
Tapi zaman aku sekolah dulu, awal tahun 90 an, 
RM2.80 tu pun sudah besar nilainya.

Citer seram sikit kan pagi-pagi sejuk ini. Saja hendak menunjuk lagi picture bukuan yang aku ada. Baru-baru ini balik kg, erm tiada kesempatan hendak mengambil bukuan yang aku sudah letak di tingkat atas rumah.
Sibuk sikit dan aku kureng sihat sikit baru-baru ini. So ada kesempatan memang tidurlah gitu kerjanya.
Storynya, malam habis kerja hari Jumaat itu kami balik ke kg aku. Penat jugalah sebab time itu hendak balik time itu juga kemas bagai. Sebenarnya memang aku adalah letak sebahagian bukuan itu di bilik tingkat atas rumah. Cadangannya memang hendak bawa balik sebuku dua. Erm, hampa.

Pagi Sabtu, semua orang sibuk. Emak sekereta pergi ke pasar. Last tinggal aku dan Qeqeem sahaja di rumah. Emak masak kari daging dan sekali dengan rendang ayam kg. Sebab aku sudah janji dengan emak yang aku akan balik KL dalam belah pagi hari Ahadnya. Sebab itu emak masak banyak-banyak sekali.
Memang emak aku begitulah orangnya. Kalau anak-anak balik kg, mesti ada sahaja bekalan lauk pauk dan siap nasi sekali di bawakan. Laginya kalau emak balik S'pore. Rendang ayam itu mahu 5 ke 6 ekor ayam kg. Tambah lagi dengan rendang daging berkilo-kilo. Semua buat merasa adik beradik emak di sana. Bukan setakat emak, memang abah pun begitu. Ialah abahlah kadang-kadang yang belikan bahan mentah buat emak masak.
Done.

Iklan, mahu order. 
Boleh sahaja.

Petang Sabtu kami ke Bahau. Agenda mencarikan pesanan officemate aku. Bekas penapis minyak. Aha.
Sila lihat gambarnya di atasnya. Katanya macam susah hendak mencari. Rasanya ada sahaja, tapi kena rajin mencarilah kan. Ini pun adik aku yang tolong carikan dulu. So jumpalah di satu kedai ini. Tinggal satu sahaja. Then cari lagi di satu kedai ala-ala bazar gitu. Ada banyak juga, tapinya tiada kotak.
Senang, kalau lepas masak itu boleh curahkan minyak dalam bekas ini dan sisa@keladak tertahan pada penapis.
Selesai di Bahau, kami ke rumah Ateh, abang abah. Ateh kurang sihat, makanya niat balik kg aku ialah di samping menjenguk emak abah, ialah melawat Ateh. Satunya abang abah dan adik beradik abah yang ada. Alhamdulilah Ateh sudah boleh makan nasi dengan lauk ikan gitu.
Sempat bual dengan Ateh, yang sama seperti aku tidak suka duduk hospital. Biasalah makanan spital tidak best.
Hehehe.
Aku doakan semoga Ateh cepat sembuh seperti biasa. amin amin amin.

Buku Tok Awang Ngah.

Buku lagi.

4 comments:

Eliss said...

sedapnya kalau makan ayam kampung .. berapa rega penapis minyak tu?

Ms Haslina said...

mmg kan kalau sebut rendang je mesti sedap..
hehehe. penapis minyak price rm25 sahaja.

lobo said...

A'kum Kak
Nak jual tak buku2 Tok Awang Ngah tu? Saya suka baca.dalam simpanan pun ada lebih dari 10 buku

Ms Haslina said...

salam kembali dik lobo, minta maaf akak mmg x de niat nak menjual buku kesayangan gitu.

ooo, kira banyak gak tu 10 biji.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails