Alhamdulilah syukur pada Allah.
Riang gembira di taman hati aku, sebab Qeqeem sudah boleh duduk sendiri. Kiranya dalam minggu inilah perkembangan terbaru ini berlaku. Dalam umur 7 bulan 1 minggu.
Dan ia juga seiring dengan kerajinan itu, Qeqeem gigih juga berdiri secara berpaut di pinggir kerusi atau apa sahaja yang boleh di jadikan stand.
Aku lihat anak-anak aku ini memang sama sahaja. Meraka tidak berapa suka makan makanan lembut dan cair. Tapi tetap suka makan sup. Dua hari sahaja aku sempat suapkan bubur nasi pada Qeqeem. Masuk hari ke 2 itulah juga Qeqeem sama-sama makan nasi dengan Haifa malamnya. Bila suapkan kakaknya, dia pun sama join buka mulut. Sekadar nasi putih sahaja.
Done.
Kadang-kadang macam sayu juga hati mama ini melihat Qeqeem tidur sendiri di comforter. Ialah seingat aku dulu masa umur 7 bulan, Haziq dulu or Haifa juga, mereka masih tidur bersama-sama kami. Tidaklah juga sendirian, abang kakak pun tidur sama-sama di situ.
Al kisahnya aku tengok Qeqeem@anak cina (sebab mata sepet ala-ala cina) tidak kisah pun. At least dia punya ruang yang luas dan besar untuk bergolek, merangkak gembira sebelum mata terlelap sendiri.
Bak kata emak aku bila melihat anak-anak aku tidur sendiri di comforter.
"Kau da senang sekarang Teh"
Alhamdulilah.
Jangan pandang belakang.
hehe.
2 comments:
lin,
wah semua 3 orang tido kat bawah yek?akak jugak yg berhimpit2an 3 orang atas katil...kalo hubby balik lak, 4 orang atas katil tawww
hehe, x pe kak. asal boleh himpit..himpit jea.
alhamdulilah budak2 ni ok jea. cuma kadang2 ada gak, tetiba ada kat atas katil.
;))
Post a Comment