Alhamdulilah.
Fuh kalau orang berniaga seperti aku. Rasanya sama sahaja senarionya seperti orang lain juga.
Siang bekerja, balik rumah sudah lewat sikit malam barulah dapat memegang mixer dan tepung bagai.
Mestinya lagi biasa dapat tidor setelah lewat pagi.
Esok lepas itu kena juga bangun pagi untuk pergi bekerja makan gaji.
Fuh lagi.
Cekal sungguh hati kan. Kalau sudah tertulis begitu jalan rezekinya.
Syukur pada Allah.
Yang ini 30 biji.
Malam tadi aku siap sepenuhnya dalam jam 2.30 pagi. Memang sudah mula awal-awal juga prepare itu ini.
Tapi biasalah ada anak kecik. Sungguhlah perlu berenti-henti ketika membuat kerja.
Semalam itu aku menyiapkan order sepatutnya sebanyak 130 biji. Sudah bukan rezeki aku, satu piping bag yang telah siap di isi adunan telah pecah. Aku short dalam berbelas biji apam. Sedih kejap.
Hatta terpaksa order telah menjadi 40 biji pada Fatein dan 70 biji pada Faizah.
Hendak buat adunan baru, erm aku sudah letih.
Jom lihat sedikit gambar susur galur bagaimana keadaan dalam adunan apam.
Dengan resepi sekali. Terlupa pula dari mana aku copy resepi ini.
Semoga ALLAH sahaja dapat membalas jasa baik pemilik resepi ini kerana bermurah hati berkongsi sama. amin.
Bahan-bahan
220g gula halus (aku guna 170g sahaja)3 biji telor gred A
275g tepung gandum
150ml susu segar (aku guna full cream)
3 sudu teh baking powder (aku guna baking spoon)
1/2 sudu teh ovalette
filling - coklat, strawberry dan mana-mana yang di sukai.
pewarna
Cara-cara
Masukkan gula halus, telor dan ovalette kedalam mixer(paling laju)dan pukul hingga kembang dan putih.
Slowkan speed mixer dan masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Mixer cukup until semua bahan sebati.
Kemudian kacau adunan dengan senduk untuk sebatikan adunan dan nampak berkilat.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.
Kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan kacau hingga color sebati dengan adunan. Pastikan adunan dalam keadaan berkilat (dengan cara mengacau adunan) dan masukkan adunan berwarna kedalam piping bag. Ikat piping bag dengan getah. (Piping bag boleh beli yang pakai buang sahaja.)
Potong sedikit(dalam sebesar lidi gitu)sahaja hujung piping bag dan picitkan kedalam paper cup 1/2 sahaja.
Letak filling, kemudian penuhkan lagi adunan kedalam paper cup.
Dot-dotkan dengan warna pilihan.
Kukus selama 10-15 minit atau sehingga masak.
(Apam ini memang nampak lembut, tapi rasanya tidak lembut. Dan ia mempunyai isi yang padat.)
Letak filling.
Penuhkan cup dengan adunan.
Dot dots.
Dots lagi.
3 comments:
salam kak..
warna2 yang menarik.. wakna dia mmg naik.. heheh
salam dik farid.
a'ah, colorful dan apam yg padat.
tq.
Assalam.. sis..filling tu camna ek? Jenis apa?ana nak cari
Trima kasih.
Post a Comment