Followers

Friday, October 12, 2012

18 weeks.

Salam.

Fuh sudah hari Jumaat kembali.
Cepat sungguh masa berlalu kan.

Macam biasa sekarang ini mesti hujan sahajakan kalau waktu petang.
Gelap rembang sungguh.
Sudah berhari jugalah aku balik kerja lambat.
Maklum dan kononnya menanda kertas exam students yang cecah lebih 100 orang untuk 3 subjects.
Tapinya juga sebab minggu ini aku duk datang office lewat.
So nya mestilah mengganti waktu yang terkurang itu kan.


5 Minggu ini kandungan sudah masuk 18 minggu.
Alhamdulilah aku sihat dan ceria.
Berat badan masih maintain (sudah ada perubahan) dari awal Ramadan hari itu until sekarang. Kekal begitu.
Memang aku kadang-kadang skip dinner. Aku macam tiada selera.
Sekadar sesuap dua.
Itu pun hubby yang suapkan.
Hendak buat macamana, aku memang begitu.
Selera aku ialah dari suapan tangan hubby.
Aku memang begitu.

Tidak banyak story sangat mengenai pregnancy aku kali ini.
Sebab sibuk dengan kerja office.
Aku masih pakai baju kurung pergi kerja.

Lainnya kali ini ialah aku duk makan asam.
Pui.
Tidak pernah zaman aku makan asam kalau pregnant.
Inilah kalinya aku teringin bagai.
Siap hari itu, aku pesan pada student partime aku yang duk Penang masa dia balik Raya Puasa.
Belikan aku asam yang timbang-timbang tu.
Nak yang hok Penang jea.
Sekali, itu dia call aku dalam raya ke 3 rasanya.
Siap mms pictures asam sekali. Hendak confirmation gitu.
Dia belikan aku 5 kg sekali. Belanja aku tu lagi.
Ialah orang sudah bekerja, takat belikan cikgu apa salahnya kot.
Tapinya itulah, takat rasa beberapa kali sebiji dua aku sudah puas hati.

Laginya aku memang ada beli asam merah yang halia itu.
Selalunya pagi-pagi otw pergi kerja aku makan seciput sahaja asam ini.
Hilang rasa pedasnya halia, aku buang isinya.

Kata orang tua-tua, kalu makan masam-masam dan makanan berasid ini tanda hendak dapat anak perempuan.
Aku suka statement itu.
Best.
amin amin amin.

5 comments:

mamaarifakeemaisy said...

ragam pregnancy macam2 kan.. hee~ harap dipermudahkan.. Insyaalah girl tu..hee.>Amin..

akuzle ayu said...

wah! Qeqem nk dpt adik. taniah, kak..

Ina Hashim said...

aah akak tau lin mmg tak suka makan asam2 nih....

fuhhh 5kg dibelikan...puas la makan :D

maidatul said...

Sodapnya jeruk penang...part buah betik jeruk yg best tu yg lain dok berahi sgt...

tahniah akak...
Insya-Allah girl semoga Allah permudahkan..
;))

Ms Haslina said...

eina - amin amin amin.

ayu - tima kasih dear.

kak ina - saya makan beberapa biji je. masih ada lagi tu. huhu.

akma - jeruk kan, mesti sodap.
semoga ALLAH perkenankan utk baby gegirl.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails