Followers
Wednesday, October 24, 2012
Jom top up touch n go.
Sudah hari Rabu. Jom cuti esok.
Memandangkan office aku ini terletak di kawasan strategik. Fuh bestkan. Aku pun ke semangatlah ke office Plus berdekatan exit toll Kajang. Motif utama ialah top up touch n go aku. Semangat lagi ini, sebabnya insyallah family abah hendak balik ke Selatan Hari Raya Haji ini. Rasa sungguh tidak sabar sebab dapat berjumpa dengan family besar belah emak. Rindu pada auntie auntie dan cousin cousin juga dengan anak-anak comel diaorang. Insyallah mengikut perancangan kami akan berkumpul di rumah rehat Cik Mat di Leisure Farm Gelang Patah. So semua family di S'pore pun akan kesitu pada petang Raya nanti. Maklumlah semenjak arwah nenek tiada, kami di sini macam sudah malas hendak renew pasport.
Story semula pasal touch n go. Aku buat isian semula sikit sahaja. Itu sahaja yang adakan. Gaji dapat hari Ahad nanti tau. Berdingkit-dingkitlah ini untuk beraya. Aku sudah kira-kira duit toll yang akan di gunakan nanti. Dari exit Kajang ke exit Senawang pergi balik dan juga mungkin dari exit Simpang Ampat ke exit Lima Kedai pergi balik.
Part seronoknya kan, sempat juga claim rebate toll masa Raya Puasa hari itu. Itulah motif paling utama aku gagah diri ke office Plus. Alhamdulilah adalah rezeki RM 3.90. Oklah kan.
Insyallah esok hendak cutilah. Perancangan petang Raya kami 3 kereta gerak ke Selatan. Dan akan pulang semula pada hari Isnin.
Semoga ALLAH permudahkan perjalanan pergi dan balik kami. amin amin amin.
Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
topup tolak sehinggit kan
dik oya - klu top up di pam minyak tolak 50 sen. klu di office plus, free jea.
If you are going for most excellent contents like me, simply pay a visit this website daily since
it offers quality contents, thanks
My blog post cheap insurance for women
Post a Comment