Pemilik kaki comel ni pun pandai makan durian.
Sudahlah makan tidak selera sangat. Macamana lah kan. Berat pun, aduhai memang slow sungguh.
Mungkin aku low blood rasanya. Ialah aku memang begitu kalau pregnant. Redhakan sahaja.
Hari Sabtu lepas kami balik kg lagi. Abah tidak sihat sangat. Sebagai anak yang free compare yang lain aku ajak hubby balik kg. Alhamdulilah.
Penat memang penatlah. Tapi demi abah kan.
Biasalah orang sudah tua, abah sedikit degil kalau di suruh makan. Emak pujuk je pelan-pelan.
Rezeki kami balik ke kg, buah durian sudah gugur. Tidak banyak pun. Lepaslah dalam 2 biji. Isi putih melepak buah dari pokok yang sudah gugur ini.
Yang sedihnya tupai pula yang suka makan durian. Banyak juga buah yang sudah di tebuk tupai. Sadis sangat.
Insyallah minggu ini memang banyaklah buah lagi mula gugur. Eeeee sedapnya kan. Ini yang gatal kaki hendak pulang lagi ke kg.
No comments:
Post a Comment