Salam Jumaat dan Salam Awal Muharam.
Mood sekarang ini memang ke Laut. Laut yang paling dalam. Ialah semua orang in de family tidak sihat. Semuanya on off. Mama pregnant minggu ke 23 ini, alhamdulilah demam teruk sehari sahaja. Tapi badan memang letih juga, sebabnya asyik muntahkan lendir. Paksa gitu. Dengan keadaan boyot begini, serius sekarang ini muka aku memang pucat.
And the rest of the day until now ialah selsema sikit-sikit plus batuk. Risau juga bila start mengajar minggu depan. Macamanalah keadaannya hendak ke kelas dengan batuk begitu.
Ya ALLAH kau permudahkanlah urusan hamba mu ini nanti. amin.
Yang paling sedih ialah tengok cinta hati aku. Silih berganti demam. Adik beradik kan, seorang sihat kemudian seorang lagi demam.
Alhamdulilah hari Isnin baru ini emak datang and tinggal di rumah. Lega rasa hati. Emak pun kurang sihat juga. At list ada yang menjaga kami sekeluarga.
Antara pilihan yang di buat ialah emak pupukkan air daun bunga raya. Lendir dari daun ini memang elok untuk tarik panas dalam badan. Laginya emak juga pupuk air asam jawa. Sama juga khasiatnya.
Hubby pula mandikan diaorang until menggigil.
Serius aku paling tidak suka anak-anak asyik di beri makan ubat. Ubat kan chemical. Untuk kita orang dewasa ini tidak apalah. Tapi untuk diaorang, ish...........
Hendak mencari juga daun pokok durian belanda. Tapinya dimanalah kan. Kalau balik Pilah, boleh gagahkan juga mencari. Lagi kata emak daun pisang. Pisang apa, aku lupa. Pun bagus untuk tarik panas dalam badan.
Ya ALLAH ya tuhan ku, aku mohon padamu, sihatkan anak-anak aku Muhammad Haziq, Haifa Cassandra dan Muhammad Haqeem. amin amin amin.
6 comments:
moga anak2 Lin cepat sihat...sian diorang
amin. tima kasih kak.
Semoga Allah permudahkan segalanya untuk akak dan family...
Banyakkan berzikir insya-Allah :)
Musim org taak sihat agaknya..hope cepat2 pulih ye..amin..ina pun tgh batuk n seesema ni..seb baik anak2 kena dl, sekejap je..skrg time maknye pulak..hu
moga disihatkan semuanya... amin
amin amin amin.
to akma, eina and alia tima kasih atas doa korang.
harap eina cepat sembuh yea.
Post a Comment