Followers

Thursday, November 22, 2012

Kisah masa bujang aku.

Dulu masa aku bujang, aku selalu bawa emak kemana-mana aku pergi terutama kalau ke selatan. Mana lagi kalau tidak ke kg emak di S'pore atau pun kalau aku perlu attend kelas lab. di UTM. Sejak aku pandai@ada lesen kereta, itulah antara tanggungjawab aku. Emak memang seronok, dapatlah emak berjumpa family emak berkali-kali dalam setahun. Aku memang seronok juga dapat berbakti dengan emak. Lebih seronok lagi, walaupun masa itu aku sudah bekerja abah tetap hulur duit minyak dan duit toll sebab aku bawa emak. Tambahan lebih syiok lagi abah bagi pakai kereta abah sekali. Kadang-kadang aku pakai kereta abah tapi rasanya lebih selesa aku pakai kereta WIRA.
Memang enjoy waktu aku bujang. Masa itu sudah bekerja. Dan sekali dengan aku sambung study part time. Dan lagi-laginya abah yang bayarkan yuran belajar. Kekadang kena topup yuran juga sendiri. Anyway memang terasa perit kejap, namun apalah sangat susahnya aku masa bujang itu. Everything abah sudah sediakan. Cuma pandai tidak pandai aku uruskan semuanya. Ahh bagi aku semuanya sangat sweet sekali.
Ingat otw balik kekg dari selatan, mesti aku dan emak singgah Air Hitam. Emak memang happy beli macam-macam kerepek keropok. Macam-macam jenis. Then beli sayur segar-segar. Dan tidak lupa wajib beli juga pasu dan bunga.
Kadang-kadang kitaorang ikut jalan lama. Ialah boring sebab ikut highway jea. Memang teringat kenangan zaman dolu-dolu. Zaman balik S'pore masa aku kecik-kecik. Masa itu mana ada highway. So all the way layan jalan lama dari Kuala Pilah terus ke Gemas then ke Segamat then JB dan sangkut di Tambak Johor. Biasalah tempat itu kan kecik. Kereta pun banyak. Then sampailah ke rumah nenek masa itu di tingkat 8 di Telok Belangah. Dari dapur rumah nenek memang nampak makam Raden Mas di atas bukit. Ingatlah lagi, rumah itu cuma 2 bilik sahaja. Punyalah ramai adik beradik emak duduk situ. Tapi sebab aku masih kecik lagi, around umur 4 tahun kot. Aku rasa rumah itu besar sahaja. Lagu femes masa itu di radio ialah "di tanjung katong, airnya biru". Memang hari-hari radio duk putar lagu itu.
Ada sekali itu aku bangun lambat. Biasalah budak-budak kan. Then sarapan sudah habis. Maklumlah ramai orang. Boleh punyalah lama aku merajuk bawah meja makan, tapi tiada siapa yang perasan aku duduk bawah itu. Sampai naik penat aku tunggu orang pujuk aku. Last-last uncle aku bawa aku turun bawah pujuk dan pergi beli jajan. Lawak je kan.
Tidak banyak yang aku ingat makanan masa di Telok Belangah. Tapi aku tahu setiap kali makan, mesti ada paru goreng dan juga bergedil. Peh memang sodap sungguh. Dan juga masa-masa itu juga 1st time aku makan lontong berlaukkan serunding kelapa. Ya Allah sedapnya sungguh. Since that memang itu fav. aku. Alhamdulilah baru-baru ini balik beraya Haji di selatan. Auntie aku masak serunding kelapa. Memang lepas gian aku makan dengan lontong. Dah tidak main makan lontong dengan kuah lodeh lagi lah masa tu.
Memang lately ini aku teringat kisah lama-lama dolu. Tapi tidaklah aku hendak kembali pun ke masa dulu pun. I'm much happy now dengan cinta-cinta hati aku yang comel-comel dan cinta hati yang baik hati.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails