Followers

Friday, May 3, 2013

Lawatan ke Klinik.

Di klinik dengan baju kurung lengkap untuk cucuk Hafiy satu bulan.

Assalam to all.
Bagaimana tahap mood sekarang ini?. Ke bulan atau ke bintang atau ke laut sahaja :D
Yang pastinya mesti semua tengah feeling -
MARI LAH MARI PERGI MENGUNDI, TUNAIKAN KEWAJIPAN PADA NEGARA.
Lagu itulah yang kita sinonim benar dengan deria telinga kita bertahun-tahun kan kalau time memangkah tiba.
Tetiba baru tahun inilah banyak version rap aka jerit-jerit lagi, lirik lagu mengajak orang pergi mengundi. Hebat sungguh aura election kali ini kan.
Selamat mengundi pada semua pada 5 May ini nanti.

Saya ada appointment di Klinik Kesihatan Kuala Pilah pada 15 April/Monday lepas lepas. HC dan anak-anak selamat balik ke kg pada Jumaat sebelumnya. Malamnya memang sudah memberi cadangan pada HC untuk keluar awal. Maklumlah klinik kerajaan, mesti ramai orang kan. Tidak pasal-pasal dapat nombor banyak kalau datang lewat.
Namun niat tinggal niat sahaja bagi kami, jam sudah masuk 10.45 pagi barulah hendak keluar dari rumah. Suka suki hati sahajakan. Sampai-sampai di klinik, saya minta HC masuk dulu. Tanya di kaunter, masih boleh mendaftar ke untuk sesi pagi/tengahari. Ialah sudah lewat. Kalau di Klinik Ibu dan Anak Kg Pandan Dalam dulu masa saya duduk Pandan Indah memang limit untuk mendaftar pagi ialah before 10am. Kalau di Klinik Ibu dan Anak di Seri Kembanga, alhamdulilah sama macam di Kuala Pilah. After 10am masih boleh lagi.
HC turunkan saya with Hafiy dahulu di depan pintu klinik. Orang berpantang kan, masuk 32 hari masa itu, tidak elok banyak berjalan kan kan. Then HC with Haqeem terus cari parking kereta. Klinik di Kuala Pilah ini tidaklah penuh pun tempat parking yang asalnya tempat ini ialah hospital lama Kuala Pilah. Sekarang hospital baru terletak di Jalan Melang.
Klinik Ibu dan Anak ini satu bangunan dengan klinik biasa sekali.

Saya cuma bawa Hafiy dan Haqeem sahaja. Haifa dan Haziq tinggal rumah. Mana hendak melayan kalau bawa semua orang. Cukup dengan Haqeem yang kerjanya baring di lantai klinik sahaja. Rilex sahaja mukanya. Sudahlah pakai baju putih. Anak ooo anak.

Hafiy hari itu akan cucuk sebulan. Haqeem pula cucuk yang last sekali untuk 18 bulan rasanya. Sekali harung dua anak kan.
Kiranya ini kali kedua saya experience keadaan dua anak di cucuk pada hari yang sama. Dulu masa Heqeem kecik, Haifa pun cucuk yang last juga.
Memang sama keadaannya, umur Haifa setahun tujuh bulan saya bersalin kan Haqeem. Dan kisah yang sama berulang kembali, Haqeem dengan umur yang sama dengan Haifa itulah saya bersalinkan Hafiy pula.

Masuk ke bahagian klinik, saya lihat kerusi hampir penuh juga. Eh macam ramai orang gitu. Tapi lepas duduk lama sikit, rupanya ramai orang sebab ada yang datang dengan parent sekali. Plus suami lagi. Makanya seorang patient datang dengan sekurangnya 3 orang dewasa lain sebagai peneman. Sebenarnya patient sendiri tidaklah ramai.
Kami duduk di situ dari jam 11 pagi gitu until jam 12 lebih rasanya. Tetiba dengar orang yang sudah sampai dulu yang duduk depan kami, nurse suruh datang semula jam 2 petang nanti. Weh pula kan.
Risau juga kejap kalau kena datang belah petang pula. HC memang hendak balik KL bila habis urusan di klinik. Kalau kena datang belah petang, maknanya lewatlah nanti HC gerak.

Sebenarnya saya ada kawan baik yang bekerja nurse di situ. Kira ada line biru di topinya. Kawan zaman dari sekolah rendah sampailah ke tingkatan 3. Memang lama juga kami berkawan.
Saya sebenarnya tidaklah mahu ada privilege dari dia pun. Mana biasa ada 'orang dalam' nie. Tetiba dia
Ms B ini sendiri yang nampak saya. Terus dia datang.
Tanya itu dan ini. Lawaknya Ms B tanya, kenapa dia tidak pernah pergi buat lawatan ke rumah saya untuk check baby sebelum ini.
Hehe, saya jawab yang saya baru balik dari KL. Ok kata Ms B.
Sorry to say, saya memang tidak berminat dengan lawatan kerumah oleh nurse klinik. Entah rasa macam tidak selesa pula. Sebab itu saya tidak pernah buat laporan ke klinik kesihatan as soon lepas bersalin. Malas. Selalunya masuk check sebulan di klinik, mesti kena soal dengan nurse kenapa tiada lawatan ke rumah.

Dulu masa Haifa memang ada nurse datang ke rumah sebab memang sudah tidak boleh berdolak dalih lagi. Haifa lahir di Hospital Kuala Pilah.
Yang tidak syioknya, selalunya mesti nurse datang time tengah kelam kabut di rumah bagi sayalah. Around 9am rasanya. Rutin yang di buat ialah check baby ada kuning atau tidak. Timbang berat baby. Penimbangnya sebiji macam timbang ikan zaman dulu-dulu itu :D.
Then tanya serba sedikit soalan keadaan ibu bersalin.
Entahlah, bagi saya rasanya macam tidak perlulah lawatan begitu. Macam buang masa sahaja.
Kalau memang baby atau ibu memang bermasalah, rasanya itu yang terbaek. Setakat ini saya dan baby alhamdulilah sihat. Dan semua anak-anak tiada yang pernah kena jaundis.
Sebab itulah hanya Haifa sahaja ada pengalaman nurse datang rumah ;(

Back to Ms B. Dia terus minta buku biru anak-anak di kaunter. Then minta saya semua masuk bilik. Makanya mula timbang, ukur tinggi dan Q&A di meja Ms B. Masa itu boleh sahaja saya nyelit-nyelit bertanya khabar bagai dengan kawan lama ini.
Lepas jumpa Doc, alhamdulilah Hafiy dalam keadaan sihat. Kedua-dua anak saya di cucuk oleh Ms B juga. Around dekat jam 1 petang, selesai semuanya.
Thank you so much to Ms B. Layanan superb.

Abang Haqeem masa balik dari klinik.

Untungnya sebab keadaan macam kelam kabut gitu, saya tidak sempat di periksa pun. Selalunya rutin checking untuk ibu baru sebulan bersalin ialah check perut, check payudara, check darah juga check air kencing. Yang paling saya tidak suka ialah part ke bilik air. Maklumlah saya tetap berbengkung walaupun tengah sweet dengan baju kurung. Payah.
So saya terlepas kali itu, best dan alhamdulilah. Op part berat, saya memang sudah turun 10 kg ++ dari berat terakhir masa pregnant.
Hehe, rata-rata semua orang yang datang klinik dalam pantang semuanya pakai t shirt, sweater ketat, kain batik plus stokin.
Saya sahaja yang berpakaian sebijik macam hendak pergi kerja :D
Cuma masa bersalinkan anak pertama, Haziq. Saya pun seperti diaorang untuk ke klinik.

Berat Hafiy ialah 4.36kg from 3.56kg masa di lahirkan. Haqeem pula hanya 9.6kg. Memang Haqeem tidak mahu makan nasi langsung masa di kg. Itu yang berat dia turun rasanya.
The next day Haqeem demam juga lah sehari. Lepas itu sudah okies.

Story Hafiy masa dalam masa sebulan.
Kurang seminggu umurnya Hafiy kena sakit mata. Bukan mata merah. Tapi kena jenis bertaik mata. Kena belah kanan mata sahaja. Dekat 2 minggu rasanya baru baik mata Hafiy. Dua ke tiga kali HC letakkan perahan susu badan pada mata Hafiy.
Bila saya baca di internet, kalau taik mata sudah warna hijau. Itu kiranya sudah perlu ke hospital. Nanti Doc akan ambil sample taik mata dan air mata. Paling-paling rasanya nanti akan di beri ubat dan ubat titik.
Serius saya memang tidak mahu anak saya yang berumur kurang 1 bulan makan ubat. Saya sudah ada pengalaman pahit masa Haziq dulu. Tidak mahu rasanya berulang lagi.
So banyak baca di internet, katanya tidak merbahaya taik mata color biasa/kuning itu. Saya berdoa Hafiy sihat.

Laginya lepas habis sakit mata itu, masuk minggu ke tiga umurnya, Hafiy kena demam dalam dekat 2 hari. Tapi tidaklah tinggi sangat panasnya, namun saya dan HC tetap risau. Alhamdulilah Hafiy masih bersusu badan. Berdoa saya lagi. Ingatkan Hafiy demam sebab saya duk minum air old town white coffee secawan siangnya. Memang rasa sesal tidak sudah sebab kerana tekak anak demam. HC siap mandikan Hafiy dengan air sejuk untuk kurangkan panas badannya.
Rupanya Hafiy kena campak. Alhamdulilah satu hari cukup keluar satu badan bintik merah sampai ke kaki.

Akhirnya sampai habis saya berpantang, syukur alhamdulilah Hafiy sihat. Amazingnya Hafiy disebabkan saiz badannya besar, masuk hari ke 3 umurnya sudah di tidurkan meniarap oleh HC. Serius leher Hafiy memang kuat. Dia pandai sendiri alihkan kepalanya ke kiri dan kanan di waktu meniarap.

Umur 1 bulan. 

Umur 3 minggu.

                   

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails