Followers

Friday, February 27, 2015

Bibir kering dan terluka.

Saya hari ini.
Kawasan kejadian ialah di bibir atas.

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

Hari ini kerja saya ialah menanda kertas exam sebanyak yang mungkin, inshaAllah. Tengahari pula mahu ke Shaklee. Ambil order untuk kawan-kawan. Alhamdulilah rezeki bulan ini meningkat.

Tapinya part sedih ialah kerja saya banyak tertangguh. Sebabnya diri sendiri juga. Macam malas-malas gitu.
Tidak mengapa, start hari ini jom berubah. Niat dalam hati mesti siapkan semua tugasan dengan jaya nya, mesti tau!!!

Ok, mahu cerita pasal bibir ku bengkak. Selalunya saya kena begitu adalah ketika waktu pregnant sahaja. Oh tidak, saya tidak pregnant buat masa ini.
Mungkin sebab masa balik kg lepas. Cuaca terlampau panas kan. Itu antara punca kenapa bibir mudah kering dan luka.
Selalunya bila hendak kena begitu, mula-mula hari sebelumnya mesti rasa pedih kering pada bibir. Esoknya pula mesti sudah naik macam gelembung kecil pada satu spot kawasan. Then akan kering sendiri else saya terkasarkan dengan jari tembabku. Saya mula kena pada Selasa baru ini. So ini sudah masuk hari ke 4 dan ia sudah mula kering.
Mungkin kurang minum air kot.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails