Boleh juga guna kad debit untuk renew roadtax di kiosk yang di sediakan.
Saya insyallah adalah hari last bekerja. Esok akan mula bercuti. Bestkan cuma ambil satu hari sahaja cuti iaitu hari Selasa. Hari Rabunya pula adalah cuti ehsan dari company. Syiok.
Perancangannya saya akan masuk berkerja semula pada hari Isnin 12 August. Erm tidak cuti lama-lama pung, lagipun kg saya tidak jauh.
Pagi tadi ada kelas Lab dari jam 9 pagi until 11 pagi. Tapinya saya ngelat, huhu. Mula-mula duduk di sofa Lab bersama student berbual-bual sambil tunggu student lain datang. Terkeluarlah story hari raya sekali. Student story yang dia hanya beraya di bandar sahaja sebab family semua asal Shah Alam sahaja. Tapinya best part ialah, tahun ini katanya beramai-ramai akan menyanyam ketupat daun kelapa dan masak lemang sekali. Fuh barulah terasa kemeriahan beraya walaupun tidak balik ke kg.
Cerita pasal ngelat, lepas saya serah 'tugas' pada Mr NASA, technician Material Lab yang rajin dan baik hati. Saya terus ke Klinik Gigi. Huhu.
Alhamdulilah tidak lama memang sudah sampai di sana. Tidak sampai satu jam gigi saya sudah selamat di tampal. Mood happy, sebab boleh kunyah daging lembu, ayam, kerbau dengan gembira nanti.
Pembayaran RM1 untuk pendaftaran dan RM2 selepas berjumpa Doc. Boleh cek di sini Waktu Operasi untuk tahu Jadual terkini Klinik Gigi Seri Kembangan. Tidak lupa minta ubat tahan sakit free. Dapat 4 biji. Habis di situ saya terus balik ke office.
Orang ramai seh.
Saya tengah beratur.
Saya ingin berkongsi kisah hari Khamis lepas. Yang saya pergi berurusan dengan di tiga tempat yang berbeza itu.
Mula-mula saya ke Pos Laju Center untuk pos parcel customer. Alhamdulilah, orang ramai hanya untuk mengambil barang sahaja. Yang untuk pos barang adalah 2, 3 orang sahaja. Makanya proses adalah sekejap sahaja.
Lepas itu lalalalala saya ke JPJ Cawangan Bangi. Location ialah di Syeksen 7. Ianya berdekatan dengan Stesen Minyak Petronas dan Shell. Dan di belakang kedai tayar. Dan juga berdekatan dengan main road. Alahai JPJ ini dekat area Restoran Sup Keting.
Cawangan Bangi.
Lot 139 Jalan 7/7C,
Seksyen 7,
43650 Bandar Baru Bangi,
Telefon - 0389258386
klik sini JPJ Portal.
Saya parking kereta di Shell berhampiran. Orang memang ramai masa itu. Mula-mula cemas juga sebab ramai juga orang sampai duduk di luar JPJ. Masuk-masuk terus pergi join orang beratur. Dalam hati fikir, redha sahaja kalau kena tunggu lama. Tengok kaunter ada banyak juga.
Alhamdulilah, untuk hidupkan roadtax memang di sediakan kaunter khas. So tidak perlu ambil nombor. Perlu bawa original geran kereta dan duit. Dan semestinya perkhidmatan adalah cepat dan mesra. Saya tidak lama di situ. Credit pada JPJ Bangi.
Orang ramai masa itu sebab sistem baru JPJ di Pejabat Pos tengah ada masalah. So kita semua kenalah pergi ke JPJ sendiri. Hendak hidupkan lesen memandu pun kena ke JPJ. Tapinya di pintu masuk JPJ memang ada notis tulis sistem sedang bermasalah.
Dan dengar cerita di radio, orang ramai sangat beli kereta baru sempena hendak berhari raya ini. Makanya ramailah orang berpusu-pusu untuk mendaftar kereta sebelum balik beraya.
Lepas itu saya ke Celcom Kajang. Urusan ialah perkara berulang. Sudah dua atau tiga kali saya ke situ adalah untuk menukar sim card saya yang rosak. Tapi tidaklah dalam masa terdekat. Kiranya selama saya menggunakan no yang saya guna sekarang. Rasanya since tahun 2001.
Orang adalah tiada di situ. Makanya perkhidmatan adalah super. Untuk urusan ini tiada pembayaran perlu di buat. FOC sahaja.
My roadtax.
Pictures juadah berbuka lepas. Dan air banana shakes yang HC selalu buatkan bila waktu berbuka. Bahan-bahannya ialah pisang, susu full cream dan ais batu. Blender sahaja dan kemudian sedia di minum.
Free samples vanish saya dan HC sudah sampal.
Ada dua peks untuk setiap seorang.
Serius saya teruja dengan lukisan Haifa.
Katanya itu adalah baba@HC.
Cooked with barakah by Mr HC.
5 comments:
roadtax keta saya mati 31 july hr tu tapi bulan jun lagi dah renew tkt terguna duit roadtax.hehehe.
selamat hari raya . nk balik kg dah.
Akak...
Selamat pulang ke kg...n selamat berhari raya...
Akma esok baru blk pilah....xsabo nk blk kg...
masak sendiri lagi puas hati. sedap pulak tu dan kena dengan tekak sendiri.
wah, boleh pakai debit card ya di jpj. senang kerja nanti. dahlah aliaa tak suka bawak cash banyak2 dalam wallet. bagus2. thanks for the tips, kak has...
cantik lukisan dia utk budak 3 tahun tu...
eliss - betul tu, takutkan klu terpakai nanti. buat saja cepat2 kan.
a'ah hari isnin malam tu mmg da balik kg.
akma - semoga perjalanan ke kg selamat nanti.
;)
aliaa - akak sokong 100%. kena sungguh kena tekak sendiri kan. best.
itulah, baru tahu juga ada kiosk di JPJ. mudah kan.
kak ina - tq kak.
Post a Comment