Followers

Wednesday, March 9, 2011

Seronok main pasir

Alhamdulilah kami sekeluarga selamat bercuti baru-baru ini. 3 hari 2 malam gitu.
Destinasi cintanya ialah PD dan juga ........ Nanti cerita pula destinasi kedua dimana. Hatta baru hari ini aku masuk kerja, makanya adalah beberapa kerja-kerjaan yang perlu di buat kan.
Semalam aku ambil MC. Penat sangat-sangat plus badan pun rasa tidak sedap gitu.
Tapi hari ini aku sudah sihat, alhamdulilah.
Cerita tetap cerita kisah seronok percutian kami, tapi pendek sahajalah.

Sila lihat anak-anak aku bermain pasir di pantai. Macam tidak pernah jumpa pasir sungguh gitu. Kalau Haziq siap tidak mahu mandi lama-lama pun. Kerjanya ialah hendak bergelumang dengan pasirrrr sahaja.
;))
Haifa pula, this is her 1st time. Memang masa 1st day, dia macam keliru sikit. Takut pun ada. Namun akhirnya Haifa seronok sungguh. Dia menikmati laut, pasir dan juga pasir dan juga pasir lagi.
Aku pula apa kurangnya. Aku memang cintakan laut dan pantai.
Ibarat ketagihan aku ini kalau masa pregnant. Perkara wajib ialah mandi laut. Semestinya, sekali pun cukup.
Muahhh to laut.
Bila kala hubby temankan anak-anak main pasir. Memang mithali sungguh hubby aku ini. Aku pandang-pandang memang kebanyakkannya mesti para ibu yang temankan anak-anak main pasir. Tapi aku sudah terbalik, aku tetap layan mandi laut sorang-sorang dengan pelampung biru aku. hikhik.

Haifa with baju mandi

Haziq kesukaan sungguh bila dapat tidur atas pasir

Friday, March 4, 2011

Neraca hidup


Di umur menjelang 35 tahun ini, aku merasai yang dugaan hidup semakin menebal. Semua itu aku pasti mesti memerlukan satu tahap kesabaran yang cukup tinggi untuk menempuh dan melaluinya.

Aku bekerja dan aku melihat kelebihan kekurangan mereka di sekeliling aku. Seringkali timbul juga rasa cemburu dalam hati. Tapi aku cuba tepis pelan-pelan dengan setiap perkara yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya.
Dan aku meredhainya.

Ialah, kenapa dia ada kereta cantik dan baru?. Kenapa aku masih driving kereta yang sama lagi.
Hikmahnya kenapa aku mesti lupa dengan nikmat lain yang ALLAH beri pada aku.
Aku di beri cahaya mata yang sungguh comel. Sedang dia tidak mempunyai itu. Mungkin ALLAH gantikan hilai tawa tangisan si comel dengan rezeki kereta yang gah begitu.
ADIL..KAN GITU.

Sama juga, kenapa dia asyik dapat kesana sini hingga kehujung dunia. Aku pula bersyukur sudah sampai ke tempat yang wajib bila mampu MEKAH dan MADINAH masa menunaikan umrah dulu. Alhamdulilah.
Keindahannya sama juga, ALLAH menggantikan kesedihan hatinya dengan kegembiraan melancong.
Aku pula ALLAH gantikan dengan hubby yang sentiasa berada di sisi. Juga dengan nikmat kesuburan untuk mendapatkan zuriat. Alhamdulilah.
ADIL JUGA...KAN.

Oleh itu jangan sekali-kali kita mempertikaikan apa yang orang lain ada dengan diri kita sendiri.

Lagipun memang sudah termaktub gitu, sekiranya berkawin itu atas niat hendak mempunya suami atau isteri yang bijak pandai.
Maka itulah sahaja yang ALLAH kurniakan.

Kalau mahu pasangan yang kaya raya, iya itu juga sahaja yang ALLAH bagi.
Dan kehidupannya juga nanti tidak mungkin sama dengan orang yang bersuamikan orang sederhana. Semestinya pekerjaan suaminya lebih sibuk dan tidak dapat meluangkan banyak masa untuk keluarga. Kerana juga semestinya beban kerjanya adalah lebih tinggi bersesuaian dengan pulangan yang didapatinya.

Mungkin juga semua itu bergantung pada niat dalam hati sendiri. Apa yang kita mahukan dalam hidup suami isteri sebenarnya.

Syukur pada ALLAH, kerana antara doa-doa aku di depan pintu KAABAH satu masa dulu mengenai jodoh telah aku dapat dengan hubby tercinta.
Dan aku tidak pernah menyesal atas jodoh ALLAH untuk diriku yang kerdil ini.
;))

p/s biasalah ibu mengandung memang emosi gitu. sebab itu post pun macam emo sahaja.
hikhikhik.
namun aku tetap insan yang lemah. aku juga punya hati dan perasaan.

Thursday, March 3, 2011

cinta ku Demam - update sikit


Cinta aku ini demam. On Off sudah masuk 2 hari. Aku bagi ubat demam yang memang sedia ada di rumah sahaja. Risau aku dengan keadaan Haziq. Hari ini dalam jam 1 lebih aku with hubby hendak bawa Haziq pergi klinik. Haziq ok sahaja aku tengok cuma dia tidak aktif sangat seperti selalu.

p/s kalau Haziq masih belum betul-betul sihat esok. mungkin destinasi percutiaan terpaksa di tukar.

Alhamdulilah, Haziq rupanya sakit tekak. Sebab itu demamnya on off. Really aku risau sangat sangat. Ialahkan, sudahlah H1N1 telah mengakibatkan seorang maut di Kajang. Hari Ahad lepas kami sekeluarga kan ke Taman Bukit Jalil. Kemungkinan murid atau guru yang terkena jangkitan itu berada juga di sana. Manalah tahu..kan. Malang itu tidak berbau.

Wednesday, March 2, 2011

Bercuti dan mandi manda , location please?

Ish kepala aku ini memang looking foward untuk bercuti sahaja. Penat weh, kerja dan kerja. Hubby pun gitu, kasihan kat dia. Penat juga dan ditambah lagi 'menjaga' aku yang boyot ini.
So aku memang fikir sudah.
Aku mahu bercuti, mandi manda.
Sekarang ini tengah survey tempat. Dapat semalam pun sudah baik. Hattanya hari Isnin aku mahu cuti juga.
Kawan-kawan, ada suggestion?.
Aku cuma mahu tempat dekat-dekat sahaja. Mungkin di N9 dan Melaka gitu.
Dimana yang best ek?

Tuesday, March 1, 2011

4 batang sahaja


Haifa dengan gigi 4 batangnya. Dan ianya kekal hingga hari ini. Rasanya macam ada lagi hendak tumbuh, namun belum kelihatan lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails