Followers
Saturday, January 30, 2016
Lukisan/Contengan cantik Haziq
Tidak pasti ini lukisan Haziq atau Haifa. Tapi anak-anak memang suka lukis begini. Picture kami sefamily.
Picture atas itu masa baru seminggu rasanya bergelar suami isteri. Masih pengantin baru kata orang.
Friday, January 29, 2016
Kenangan picture masa anak-anak masih kecil
Masa ini jugalah HC demam lepas handle kami sefamily. Allah sahaja yang tahu betapa kelam kabutnya masa aku dalam pantang masa tu.
Tapi fikir-fikir inilah kenangan yang terindah. Tidak semua orang dapat feeling macam ini.
Haziq pula memang hebat, umur belum masuk 6 tahun masa itu. Baru 5 tahun 9 bulan sudah ada 3 orang adik.
Memang jarak Haziq dan Haifa ialah 4 tahun. Bukan aku dan HC saja-saja menjarakkan untuk mendapatkan anak. Kisahnya kami mencuba dan mencuba. Tapi tiada rezeki lagi. Sedih sangat masa tu. Akhirnya lepas kami bercuti panjang di Kuala Terengganu, Allah bagi kami rezeki untuk tambah anak lagi.
Dan masa Haifa dan juga Haqeem berumur 7 bulan, aku pregnant lagi. Makanya masa Haifa berumur 1 tahun 7 bulan lahirlah Haqeem. Begitu juga masa Haqeem 1 tahun 7 bulan lahirlah Hafiy.
Lepas itu masa Hafiy umur 5 bulan aku mula sambung study peringkat master.
Posted by
Ms Haslina
No comments:
buat CERITA PENDEK at
10:40 AM
Labels:
Hafiy,
Haifa Cassandra,
Haqeem,
Haziq
Thursday, January 28, 2016
Tuesday, January 19, 2016
Harga baju tadika kemas dan baju sekolah anak-anak 2016
Kisah belanja barang sekolah anak-anak. Tahun 2016 ini kami membeli untuk 3 orang sudah. Sebelumnya hanya Haziq seorang sahaja. Memang lewat membeli belah kami. Maklumlah cuti sekolah baru-baru ini leka sungguh bercuti sakan.
Lepas mendaftar Haifa dan Haqeem pada 1 January 2016, kami balik ke kg. Pada hari Sabtunya kami ke Batu Kikir untuk membeli keperluan mana yang ada lah. Alhamdulilah baju di situ boleh tahan murahnya dan juga masih berquality.
Di situ kami membeli -
- Baju kurung tadika kemas cotton Haifa RM sepasang RM 20.90 x 2 = RM 41.80
- Baju kurung putih cotton Haifa RM 9.90
- Singlet Haifa RM 6.90
- Baju kemeja tadika kemas cotton Haqeem sehelai RM 16.90 x 2 = RM 33.80
- Seluar panjang tadika kemas Haqeem RM 16.90
- Seluar panjang Haziq RM 19.90
- Baju sekolah kain licin Haziq RM 15.90
TOTAL RM 145.10
Sebelum itu kami membeli kasut sekolah di Giant
- Kasut Diadora Haziq RM 39
- Kasut seperti gambar di bawah sepasang Haifa dan Haqeem, RM3.60 harga promosi x 4 = RM 14.40
TOTAL RM 53.40
Kedai M&M Store
- Membeli stokin (3 pasang satu plastic) RM 9 x 3 = RM 27
- Track Suit RM 10 x 2 pasang = RM 10
- Tshirt putih RM 6 x 2 pasang = RM 12
TOTAL RM 49
Kedai Hari-Hari
- Baju Melayu kain licin Haqeem sepasang RM 31.90
- Samping biru Haqeem RM 8.90
- Singlet Haifa RM6.90
Total RM 47.70
Fees Haifa dan Haqeem total RM 360
Makluman kami memang tiada membeli beg sekolah baru pun. Haziq masih pakai beg tahun lepas. Haifa dan Haqeem pakai beg sekolah BEN 10 kaklang bagi, turun dari Ezad.
Total out semuanya ialah RM 655.20
Kami shopping barang sekolah anak-anak ialah dalam bulan January ini.
Planning on February, inshaALLAH belikan Haziq sepasang baju sekolah lagi dan juga mungkin beg sekolah baru juga. Bagi aku kedai M&M Store dan juga kedai biasa sahaja di kg aku menawarkan harga yang berpatutan. Mungkin beza harga until RM10.
Mungkin ada kedai lain yang tawa harga lebih murah. Tapi bagi aku itu sahaja yang termampu untuk survey serba sedikit.
Beg BEN 10
Posted by
Ms Haslina
6 comments:
buat CERITA PENDEK at
10:00 AM
Labels:
Haifa Cassandra,
Haqeem,
Haziq,
Sekolah Haziq,
Tadika Kemas
Monday, January 18, 2016
Klinik Pergigian An-Nisa Dental Care, Taman Equine pada 31 December 2015.
Anak-anak tengah tengok aku dalam bilik itu
Hari Khamis last day of 2015, aku MC. Maklumlah badan memang tidak sedap sepanjang minggunya. Tapi aku tahan juga terus kerja. Sebab hari Khamisnya aku tiada kelas, aku pergi klinik dan MC.
Pagi itu sebelum ke klinik, aku call RedAlert dulu. Aku mahu tahu total balance yang aku ada untuk tahun 2015. Company provide medical RM1500 setahun untuk sekeluarga ke klinik termasuk sedikit portion untuk ke klinik gigi. So aku dapat tahu aku ada balance dekat RM600 lebih lagi. Fuh banyak tu kan. Makanya di klinik aku ambil ubat dan MC. Anak-anak pun ambil ubat juga.
Lepas breakfast, HC berkeras juga suruh aku ke klinik gig. Aduhai, kalau ikut aku memang malas hai.
Tapinya, arahan suami, kalau tidak di ikut kan berdosa gitu. Aku pasrah.
Ini kali ke dua aku ke Klinik Pergigian An-Nisa Dental Care. Sebenarnya kalau ke klinik gigi, biasanya memang kena call dulu untuk appointment. Dulu pun aku main redah saja. Moga ada rezeki aku kan. Alhamdulilah masa aku sampai itu, orang yang appointment jam 12 pm masih stuck dalam jem katanya. Makanya aku cuma tunggu kurang 20 minit rasanya, terus dapat jumpa Doc. Aku tampal gigi yang sudah 2 tahun lebih kot berlubang. Alhamdulilah tidak pernah sakit kan. Sebab itu bertangguh sahaja untuk ke klinik. Lepas itu tukar simen gigi depan aku. Simen itu since umur 17 tahun gitu. Sudah bertukar warna tidak putih lagi. Last sekali aku buat scaling.
Ok done. Selamat juga aku mahu habiskan duit medical 2015 kan.
Total RM 250
Subscribe to:
Posts (Atom)








