Followers

Tuesday, April 30, 2013

My story bersalinkan Muhammad Hafiy - 2

Keadaan di Wad Transit. 
Ada 10 katil. Semuanya full.
Baby Hafiy baru lepas di mandikan.

Pada mommies fully di tanggung expenses bersalin oleh company sendiri atau suami yang mungkin terasa hati selepas membaca post ini mohon maaf di pohon.

Ramai mommies yang awal-awal sudah booking hendak bersalin di hospital swasta bila tahu diri telah pregnant. Tidak pun mesti mahu Doc yang memang sudah selesa untuk menyambut baby nanti. Mesti happy bila dapat memilih begitu. Semestinya semua parents mesti hendak yang terbaik
Tapinya hakikatnya tidak semua mommies dapat rasa nikmat ber aircond lepas bersalin di hospital. Ataupun nyaman berehat di bilik sendiri di hospital bersama suami setelah bersalin. Allah sudah qun fa ya qun semuanya yang terbaik untuk umat-umatnya. Walaupun pahit DIA tahu itu memang untuk kita.
Siapalah kita untuk menolak mahupun untuk berasa hati untuk tidak menerimanya. Setiap yang hadir itu ada hikmah tersembunyi di sebaliknya. Belajar meredhainya, insyallah pasti ada manis akhirnya.

Allah Swt menguji manusia dengan perantara pelbagai kesulitan dan kepelikan. Allah Swt berfirman,“Dan sungguh Kami akan berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Qs. Al-Baqarah [2]:155)

Bagi saya yang azalinya memang company tidak menanggung sebarang expenses berkaitan pregnancy. Semua perlu perbelanjaan sendiri.Maka saya dengan rela hati dan tidak langsung berkecil hati dengan suami untuk bersalin di hospital kerajaan. Saya pernah bersalin di HUKM,Hospital Kuala Pilah dan Hospital Putrajaya.
Di mana-mana pun boleh. Saya redha dan tidak cerewet. Walaupun sebenarnya saya adalah seorang perempuan yang tersangatlah cerewat ;D. Part bersalin saya tolak tepi perangai saya itu.
Hikmahnya selama pregnant dan bersalinkan anak-anak, saya tidak pernah hadapi masalah. Semuanya di permudahkan oleh DIA. Alhamdulilah.
Sebab itu pada mulanya saya merancang hendak bersalin di kg. Hospital kerajaan jugalah. Namun hasrat itu tidak kesampaian. Dihujung minggu ke 39 dan selanjutnya saya rasa sudah tidak larat untuk ambil long journey. Maka, akhirnya saya memilih untuk bersalin di Hospital Serdang. Iaitu hospital yang paling dekat dengan rumah saya.

Hospital Serdang memang hospital 100% kerajaan. Semestinya wad Kelas 3 hanya mempunyai kipas sahaja. No aircond. Katil pun setakat ada tabir sahaja. Situation adalah sama macam di Hospital Kuala Pilah di kg saya. Setakat pelawat datang melihat orang sebelah katil, sure dengan kita sekali akan ada pelawat. No privacy. Itu memang kita perlu terima sebab keadaan wad memang begitu.
Masa bulan Mac lepas, masa saya bersalin memanglah tengah musim panas ya ALLAH. Sungguh tidak boleh saya bayangkan dari rumah lagi yang saya akan bermalam di hospital dalam keadaan cuaca panas dan hanya bertemankan kipas dan lagi dengan privasi yang terhad habis. Padahal di rumah punya selesa beraircond sahaja. Hati memang ada meronta untuk minta duduk di bilik. At list ada aircond kan. Alhamdulilah aku jenis tidak di manjakan sangat. So fikir-fikir, duit itu banyak lagi yang boleh di gunakan nanti. Buat apa saya mengada-ngada habiskan duit hanya untuk satu malam, hanya untuk memenuhi nafsu keselesaan saya. Saya perlu berkorban. Itu memang niat saya dalam hati.

Dijadikan story di hospital. Wad 3 pun memang full pada hari saya bersalin.  Masa di tolak dari labor room ke situ. Kepala sudah terbayang, tidur malam nanti dengan bertemankan kipas. Aduh panasnya. Akhir saya dijadikan patient di Wad Transit sahaja.
Namun kuasa TUHAN, tiada siapa yang tahu. Kebaikkan saya yang kecil manalah yang saya pernah buat agaknya hingga DIA beri balasan begini.
Wad itu di lengkapi aircond. No kipas. Syukur syukur dan syukur. Sejuk dan nyaman sungguh compare dengan Wad Kelas 3 sebenar di sebelah bilik itu yang hanya bertemankan kipas.
Masa saya pergi ambil kain gantian itu saya nampak Wad kelas 3 dengan kipas di siling.
Walaupun keadaan katil di wad transit ialah tanpa tabir. Lagi dengan tiada nurse menjaga. Nurse semestinya sibuk di Wad biasa. Nurse cuma datang ke Wad Transit pada waktu checking sahaja.

Malam itu saya langsung tidak dapat tidur. Memang biasa semua anak-anak jenis tidak mahu tidur malam kalau di hospital. Kecuali Qeqeem. Yang lain memang asyik berjaga dan mahu menyusu. Sebagai mama ini, saya redha. Kerja saya malam itu until ke pagi hening ialah menyusukan Haify dan mengunyah biskut. Lapar kan.
Tapi esoknya sampai sahaja di rumah, terus naik tidur atas katil. Memang sudah lalok rasanya sebab lebih 30 jam tidak tidur.
Walaupun saya tiada jahit, tapinya tetap penakut hendak bergerak. Sepanjang dari masuk wad saya memang duduk sahaja di katil sambil menyusu dan tukar lampin. Tengok orang lain rilex sahaja, gerak sana sini.

Dalam jam 4 pagi, Doc on duty datang ke wad. Dia minta semua dalam wad itu pergi ke wad sebelah/wad 5 untuk buat pemeriksaan kedua dan akhir di bahagian jahitan.
Di sebabkan ramai sangat patient. Katil penuh, terpaksalah pagi bening Doc datang check patient. So sorang-sorang mama pergi ke bilik sebelah. Jauh jugalah walking distance bagi orang yang baru bersalin ini. Walupun tiada jahitam tetap perlu di lakukan procedure cek jahitan. Stress plus ngilu ngeri di buatnya, rasa macam hendak lari sahaja balik rumah masa itu.
Alhamdulilah Doc perempuan ini baik orangnya. Namanya saya lupa hendak tengok pula. Bayangkan kita tengah jalan pelan-pelan untuk ambil kain ganti sebab kain yang di pakai sudah kena darah. Doc ini ok sahaja tolong ambilkan kain ganti itu bagi pada saya. So tidak perlu saya jalan jauh-jauh lagi. Terima kasih Doc. Maklumlah duduk wad transit, kain baju pink kalau sudah habis, lambat benar hendak di letak yang baru lagi.

Esoknya waktu lunch tengah di bagi, masa itulah kami semua di benarkan discharge dari hospital. Itupun selepas 3 orang Doc Pakar buat rondaan.
Seronok kan. Ada hikmahnya masuk hospital yang memang tumpuan ramai ini. Boleh keluar wad cepat. Inilah pertama kali saya discharge lepas bersalin waktu tengahari. Maveles.

Part nurse bertugas di wad, bagi saya ok lah. Layanan adalah seperti biasa, tiada keistimewaan pun. Terpulang pada diri masing-masing hendak menjalankan tugas mereka dengan cara bagaimana. Saya tidak berminat hendak komen banyak pasal itu. Tapinya waktu siangnya memang ramai nurse pelatih. So meriahlah keadaannya. Hendak minta tolong itu dan ini , diaorang baik sahaja.

Hafiy - Yang memuliakan

HC cuma datang seorang diri sahaja tengahari itu. Penat sungguh menahan mata masa itu. Anak-anak tinggal di rumah Kaklang dengan maid Kaklang. Masa balik itu sempat juga HC tapau lauk dari kantin di Hospital. Peh memang meriah lauk pauk di situ.
Alhamdulilah bill cuma RM 23 dengan bersalin normal, wad kelas 3, tidur satu malam. Ini juga bil paling murah yang saya pernah dapat untuk bersalin.
Lagipun mulut saya memang selalu berkata, yang penting di permudahkan bersalin dan baby selamat. Part wad berapa saya memang tidak kisah pung. Kata-kata itu ibarat doa kan.
Murah sesungguhnya rezeki my Muhammad Hafiy.

Bill.

Saturday, April 27, 2013

Bateri kereta kong.

Story sama sahaja kan untuk semua orang selalunya. Ironinya bila part hujung bulan, part gaji mau masuk. Time-time itu lah ada sahaj duit perlu di gunakan lebih. Hehe.
Jangan mengeluh, dugaan TUHAN bila-bila sahaja boleh datang kan. Redha sahaja. Kalau ALLAH tidak menguji, maknanya ALLAH tidak sayang kita kan.

Hari Khamis lepas bateri kereta saya kong. Istilah manisnya, sudah sampai hayatnya. Syukur semuanya di rumah sahaja. Makanya berehat dululah kereta itu sehari dua. Bulan April memang bulan kereta itu pakai duit. Baru juga tukar minyak hitam dalam pertengahan bulannya. Plus tukar break pad sekali.
Op, bateri kereta baru dapat tukar hari ini sebab HC sibuk pergi survey harga dulu.
Price RM245 adalah paling rendah. Trade in bateri lama, dapatlah RM230.

Alhamdulilah sebenarnya lagi. Kereta itu juga menang tinted percuma masa bulan Feb hari itu. Syukur lagi pada ALLAH. Ialah kereta itu memang belum bertinted. Harap tinted masa beli itu sahaja. Menang di mana. Menang di FB sahaja dari Mekapkereta Sejuk. Saya menang Cool Black Tint. Kiranya menang hadiah no 3 dari 4 hadiah. Ramai juga yang menang. Alhamdulilah. Moga dimurahkan lagi rezeki Mekapkereta Sejuk. Cuma perlu keluar duit RM50 untuk buka tinted sedia ada. Sebenarnya HC yang masuk contest itu pung, bukan saya.


Syukur ke hadrat ilahi. Hari ini bonus masuk with gaji sekali. Insyallah kami hendak balik ke kg hari ini. Hendak ambil kesayangan saya, Qeqeem bam bam.
Aduh, apa yang hendak di beritahu pada emak dan abah nanti untuk bawa Qeqeem balik KL. Ya ALLAH permudahkan urusan kami ini. amin amin amin.

Thursday, April 25, 2013

I'm done 44 days.


Mesti semua mommy happy bila tiba hari ke 44 berpantang kan. Yang seronok tidak perlu pakai bengkung dan stokin lagi.
And pada yang rigid mesti lagi banyak lagi rutinnya. So happynya mesti lebih lagi.
Satu part lagi boleh minum air sejuk. hahaha. Cepat sahaja kan.
Jangalah gelojoh, cuba pelan-pelan sikit. Nanti terkejut pula perut itu.
Tidak salah rasanya hendak teruskan minum air rebusan akar kayu lagi. Dan juga teruskan bertungku sekali sekala. Maklumlah kalau anak sudah ramai mesti perut and rahim@peranakan take time juga untuk back to normal.

Alhamdulilah. Dapat juga saya mengharungi pantang kali ini. Esok sebenarnya hari independent saya itu. Namun tetap hendak pakai stokin rasanya. Sebab sekarang ini asal petang sahaja mesti hujan kan. Sejuklah. Bengkung pun saya sudah tukar ke bengkung moden. Pada yang bersalin seperti saya, yang tiada jahitan. Memang dari minggu pertama berpantang sudah rasa heaven lagi. Ialah tiada sakit di bawah bawah itu. Cukup berbeza rasanya kalau di bandingkan dengan berjahit banyak. Ironinya dua anak saya rasa di jahit tidak perlu di kira pung, memang banyak. Tapi antara petua untuk cepat baik jahitan yang saya sudah buat ialah minum air pati ikan haruan dan juga makan limau sunkist dalam 2 ke 3 biji sehari. Insyallah kurang dua minggu jahitan sudah terasa pulih.


Bila story keluar rumah. Erm kan saya sudah cerita, memang biasa HC bawa saya pusing-pusing naik kereta masa dalam berpantang. Makanya saya keluarlah juga kan, cumanya dalam kereta sahaja. Laginya keluar rumah sebab balik ke kg. Sekali lagi semasa pergi ke klinik untuk cucuk Hafiy satu bulan.
Ada sekali itu saya ikut HC dan emak pun ada sekali ke Banting ambil barang. Sama juga, cuma duduk dalam kereta. Masa itu baru 2 minggu bersalin.
Dan last sekali hari Selasa lepas saya memang tiada choice. Saya perlu pergi bank. HC tunggu dalam kereta with anak-anak. Saya di sindir HC, sebab berpakaian seperti hendak pergi kerja. Dengan baju kurung lengkap plus masih memakai bengkung kain. Malu hendak berstokin, saya pakai kasut bertutup. Alhamdulilah urusan di bank sekejap sahaja. Itulah pertama kali selama saya pernah berpantang, saya keluar waktu dalam hari.
Masa otw ke bank, mata saya cukup teruja memandang kiri kanan stall jualan baju, tudung bagai. Wah macam 'jakun' kejap mama ini melihat itu cantik, yang ini pun cantik. Tetiba aura shopping menjelma dalam diri. Patut pun yang memang mommies kaki shopping mesti rasa 'panas' waktu berpantang sebab tidak dapat jejak kali ke shopping complex. Saya ini memang kurang part membeli belah pun sudah teruja setelah 42 hari tidak ke kedai.
Tengah fikir sekarang ini, bilalah harinya saya hendak berurut untuk lepas habis pantang ini.

Alhamdulilah dengan umur saya 36 dan 35 untuk HC tahun ini kami di beri rezeki 4 orang anak oleh ALLAH swt. Dan dengan usia perkawinan masuk 6 tahun lebih. Semoga kami dapat memberi yang terbaik untuk Haziq, Haifa, Haqeem dan baby Hafiy. Ya ALLAH murahkan rezeki kami sekeluarga dan sihatkan kesihatan kami. amin amin amin.

Wednesday, April 24, 2013

Santapan minda ;D


Kononnya mengisi masa terluang dalam berpantang. Bolehlah menambah ilmu. Tapinya bukan ke petua orang tua-tua, tidak boleh membaca dalam pantang. Katanya nanti cepat rabun.

Ada kawan saya, memang kata dia matanya rabun sikit lepas berpantang. Namun bukan pasal membaca kata dia. Sebab dia tidak mengikut petua nenek dia masa berpantang. Jangan cemas pula yea, kawan saya ini asalnya pakai spek orang nya.

Majalah-majalah ini memang senang dapat atau di beli di rumah kg. Kan saya pernah kata dulu, ada Uncle Cina ini memang menghantar surat khabar kerumah hari-hari. Makanya minta sahaja majalah apa, semua ada pada bakul motor Uncle. Selalunya Uncle tidak kisah pun bagi pinjam majalah pada emak. Beli atau tidak, kemudian cerita. Kalau jadi beli, bayar sahaja. Kalau kandungan majalah tidak best, pulangkan semula. Selalunya emak pinjam berhari juga.
Saya pula selalunya tengok dulu dalam sehari kandungan majalah, kalau berkenan memang terus bayar pada Uncle. PA&MA itu memang tebal gilos, tapi isinya sungguh tidak menarik. Bagi saya yang sudah ada anak 4 orang, memang sudah selalu juga dulu-duluan membaca majalah ini. Penambah ilmu ibubapa gitu. Kenapa agaknya, isi kandungannya asyik macam di ulang-ulang. Contohnya, kalau untuk orang yang pertama kali pregnant, mesti teruja membaca mengenai kandungan minggu pertama hinggalah minggu ke 40. Tapi bagi saya pula perlu ke membaca perkara yang sudah tahu.
Sebenarnya sasaran pembaca untuk majalah ini ialah yang pregnant 1st timer sahaja kea. Bagaimana dengan mama yang sudah ada anak lebih dari situ. Apa mission vision PA&MA sebenarnya.
Maka the next day, terus pulangkan semual pada Uncle. Majalah RASA pula memang emak belikan untuk saya dulu. Bila tengok ada tulis BLOGGER, terus berminat gitu. KELUARGA pula, tidaklah best sangat, story biasa-biasa. Namun ada sedikit sahaja infomasi mengenai wire jewelry. Wah terus bayar.

Tuesday, April 23, 2013

Pantang hari ke 41.


Saya dan baby Hafiy yang banyak tidur sahaja dalam kereta.

Pagi semalam saya cooking mee hoo goreng untuk breakfast. Lepas makan mee hoon, terus masak untuk lunch. Alahai masak simple sahaja. Goreng tempe sekeping yang di potong kecik. Panaskan lauk ikan yang emak bawakan dari kg. Lepas itu goreng sayur sawi putih. Done.

Belah petang pula, saya dan semua di rumah, Haziq,Haifa dan Hafiy sama-sama temankan HC ke Bangi. Saya seperti biasa hanya duduk dalam kereta sahaja. Memang biasa time berpantang, mesti HC tetap mengajak saya kemana-mana kalau urusan tidak jauh perjalanannya. Tapinya cuma peneman perjalanan sahaja. Duduk dalam kereta.
Teringat pula zaman masa baru ada Haziq. Masa itu sepanjang berpantang saya duduk di kg. Bayangkan dekat 40 hari. Dengan masa itu kereta letak dikg juga. HC pula ulang alik ke kg hanya naik bas express.
Setiap kali HC balik kg itu, mesti petang-petang di bawa saya sahaja berpusing-pusing naik kereta di pekan atau jauh sikit masa dalam berpantang. HC tahu saya bosan dan penat di rumah kg. HC pun bosan juga, saya tahu sebab HC duduk di KL sorang-sorang.

Antara urusan ialah ke TNB. Mula-mula HC masuk ke kaunter di dalam bangunan untuk membayar bil. Tidak lama lepas itu HC sudah keluar. Saya budget  urusan sudah selesai. Rupanya tidak. Ramai sungguh orang katanya.  Makanya cadangan awal saya sebelum itu telah dipersetujui. Mari membayar di kaunter pandu lalu. Proses adalah lebih cepat di situ. Lagipun car park di TNB Bangi ini selalunya mesti full. Susah hendak dapat parking kosong. So alternative terbaik ialah bayar dari dalam kereta.


Masukkan duit dan bill dalam bekas drive thru TNB Bangi.
Senyum sahaja pekerja ini.

Waktu operasi dan jenis bill.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails