Followers

Friday, July 24, 2015

Throw backs hari raya pertama 2015

Picture ini masa malam raya. 
Haifa testing baju raya yang baru beli siangnya.

Adus, post aku lately ini memang entah kemana. 
Hari-hari tengok sepi baca blog aku sendiri.
Maklumlah semester baru bermula pada minggu pertama bulan ramadhan lepas. Sudahnya dengan kredit workloads mengajar sudah cecah 19 kredit. Adus lagi. 
Kelas sudah menjadi 6 subjects. Sebiji pula subject baru!!!
Tidak pernah zaman, aku mengajar Kejuruteraan Alam Sekitar.
Memandangkan lecturers sudah tidak kecukupan. Aku tetiba jadi antara selected lecturers yang mendapat workload macam-macam bunga api hari raya.
Status mak ialah redha. ALLAH bagi kita rezeki lebih, ambillah. Jangan banyak kisah.
Nanti tiap akhir bulan dapatlah aku buat extra claims. Alhamdulilah.

Raya pertama. Masa ini semua sudah lepak depan tv. 
Salam dan acara makan-makan sudah selesai. 
Macam biasa, sudah berkali-kali takes.

Kisah raya aku sama sahaja macam tahun sebelum lepas
Balik kg, tiap-tiap malam mesti kena keluar beli barang dapur yang memang asyik ada minta di tambah.

Kali ini kami balik awal sikit sebab hendak bersama emak abah merasa berbuka puasa bersama.
Hendak buat macamanakan, ramadan kali ini 2 kali Ahad aku ada kelas master.
Sudahnya memang tidak sempat hendak balik kg.

Aku start cuti hari Selasanya. 
Siang dah masuk petang baru bertolak balik Pilah. Bestkan, masa itu hendak balik, masa itu juga hendak kemas baju segala bagai.

Alhamdulilah kg dokek. 
Sampai rumah dalam jam 5pm rasanya. Jalan pun clear. Cuma tidak puas hati dengan lori-lori yang drive laju-laju dari arah Pilah ke Bukit Putus.
Aku tengok pun seram.

Kami duduk kg until Isnin depannya. 
Kiranya ambil cuti 3 hari sahaja.
Hari Khamis sebelum raya itu, company bagi festive leave sehari.
Selasa 21 July, aku sudah mula bekerja.

Tahun ini berpuasa terasa penat amat. 
Ialah hari-hari kelas. 
Kering tekak bagi lecture.
Lepas itu hari-hari duk pulun ais batu. 
Tak tahu jadi apa dah aku ni. 
Padahal sebelum ini memang aku pantangnya minuman berais.



Kali ini langsung out tidak membeli apa-apa untuk persiapan hari raya. 
Mahu HC mahupun aku. penat.
Macam baju Hafiy warna kuning, kaklang bagi baju Ariq tahun lepas punya. Ok lah. Ariq umur 3 tahun.
Haqeem pula pakai baju melayu Haziq yang lepas-lepas. Cuba-cuba bajunya terlondeh kena lipat lagi, kasihan pula aku tengok Haqeem gitu. Sudah badannya kurus, nampaknya baju pinjam. Ada dalam 3 helai rasanya baju melayu untuk Haqeem. 2 helai Haziq punya, satu lagi kaklang bagi.
Sudah-sudah malam raya, kami beli baju melayu baru untuk Haqeem di Giant.

Baju melayu Haziq beli di pekan Pilah je. Haifa pun sama, sepasang baju kurung moden color kuning dan sepasang baju kurung cotton jalur pink.
Part selipar dan kasut raya, langsung tidak sempat hendak membeli untuk budak-budak.
Maklumlah shopping di Pilah je kan. Pilihan adalah seadanya.

Aku dah HC, macam biasa pakai apa yang ada.
Rasanya dekat 5 tahun juga kami berdua sudah tidak membeli baju untuk sambut hari raya.
Tidak mengapalah, yang penting untuk anak-anak ada yang baru.
Aku pakai baju kurung arwah bik Oja (adik emak). Baju ini aku dapat lepas bibik meninggal masa awal tahun 2010. Alfatihah untuk arwah makcik Fauziah. Semoga rohnya dalam rahmat ALLAH, diletakkan dalam golongan orang beriman dan diampunkan dosa-dosanya, ameen.
Tapinya baju ini jarang aku pakai. Sebab itu masih nampak baru.
HC pula pakai baju melayu kuning yang di beli sebelum kami nikah. Lagi lama kan. Nikah tahun 2006. Fuh lama seh.
Pun sama macam aku, baju itu jarang di pakai. HC ada banyak helai juga selections baju melayu.

Gigih berbaju raya petang hari raya pertama. 
Sementara hendak pergi beraya di rumah pak teh di serting hilir.

Friday, June 26, 2015

Update kisah puasa.

Picture part atas tu kiriman cousin di Spore. Katanya nama makanan mee celup. Adik aku pula jawab masa itu macam mee kicap jak. Apa-apalah kan. 
Akibat dari picture yang cousin tunjuk, aku buat mee ala hailam semalam. Dekat jam 7, godek-godek di dapur. Anak-anak suka, tapi HC komplen. Okey baba, next time will be improve lagi, inshaALLAH.

Sudah hari ke 9 kita berpuasa, alhamdulilah.
Semoga ALLAH beri kekuatan, kesabaran dan iman yang teguh buat kita semua dalam menjalan ibadah di bulan yang mulia ini, ameen.

Hari ini aku free, sebab kalau timetable mengajar aku sudah bertukar lagi semalam. Kelas yang ada hari ini aku sudah buat lecture Selasa lepas.
Di office aku ini sudah masuk minggu kedua lecture untuk semester June 2015.
Sudah jadi orang lama ini pun, masih dapat subejct baru. Maklumnya sebab ada lecturer berhenti, makanya loading subject tunggang langgang kejap. Yang berhenti 2 orang lecturers, yang masuknya tiada. Itu yang sadis sangat pada ramai juga lecturers yang loading tinggi termasuklah aku.

Setakat hari ini, aku cuma beli kuih dan topup lauk pauk untuk berbuka di canteen office sahaja. Macam tidak kuasa hendak merempuh ramai orang di pasar ramadhan. Ialah bila beli lauk di office, perut kita sudah biasa dengan makanan di situ. Katanya price foods di pasar ramadhan mahal, betul ke?.

Part sahur kami still makan nasi. Lauknya mana-mana yang lebih dari berbuka, simpan dalam peti ais. Bangun sahur panaskan lauk dalam microwave jak. Biasalah orang rajin kan.

Hari Sabtu nanti ini boleh penuhkan peti ais semula dengan barang basah. Aku dan HC memang pergi Pasar Borong Selangor itu je.
Maklumlah anak-anak aku walaupun masih kategori kecil, tapinya semuanya kuat makan. Alahai, masak sahaja apa pun mesti habis. Memang tidak banyak story, semuanya boleh.
Alhamdulilah, senang menjaga comel hensem cantik berempat ini.

Tahun ini pertama kalinya Haifa berpuasa dan cukup berpuasa penuh. Kental jiwa anak dara aku ini. Umur baru 5 tahun. Sejuk perut mama pregnantkan Haifa.
Jeles mama tengok perut Haifa slim jak. Mana ini entah bila mahu slim gituk.

Yang ini menu suka hati aku sahaja. Hirin hotdog, siat-siat sekeping roti, lepas itu siat juga kepingan cheese. Masuk dalam microwave jak. Letak sos tomato dan mayonis lepas siap.

Friday, June 19, 2015

Kisah renew passport di Hentian Kajang


Kenangan, ini passport international pertama aku. 
Aku memang pakai passport biru since baby lagi untuk masuk S'pore.
Passport color merah kena buat masa itu sebab aku hendak menunaikan umrah ikut emak abah pada tahun 2002. 

Assalamualaikum.

Kisah aku pergi renew passport pada 30 April 2015 - Khamis lepas.
Lawak ntah kan.
Esoknya sudah mahu gerak ke S'pore.
Barulah terhegeh-hegeh hendak renew kan.

Aku pergi seorang sahaja pagi itu.
Pergi part Hentian Kajang.
Lama sudah passport aku mati. Tahun 2011 rasanya.

Sebab sudah lama tidak buat passport, risau juga part color tudung.
Mesti kena pakai yang color gelap kan.
Serius aku tiada tudung color hitam.
Last fikir, aku pakai shawl hitam sahajalah.
Baik sahaja kan, pergi buat passport dengan pakaian macam pergi kerja.

Sebenarnya duration untuk satu pasport siap ialah dalam masa 1 jam sahaja.
Kisahnya di Hentian Kajang ini, selalu kena offline.
Masa aku sampai, dekat jam 8 pagi rasanya.
Pun sudah kena offline. Terus ambil nombor giliran.
Aku lupa pula berapa lama offline, tapinya memang lama gila.
Akunya dengan tidak sarapan, tabah tegak duduk menunggu.
Sambil-sambil itu memang sudah telan semua pills Shaklee untuk menahan perut.
Memang maveles pill sakti Shaklee tau!

Kali itu ok lah juga compare masa buatkan passport anak-anak pada hari Sabtu.
Kena beratur panjang, dekat 1 jam.
Bila dapat nombor giliran masa itu memang jarak 100 orang.

Rupanya kalau buat passport di hari bekerja memang kurang orang demand compare dengan buat passport di hari cuti.
Ialah mesti ramai orang suka berurusan di hari cuti.
Sebab itu penuh.

Adanya dinding-dinding kelabu itu sebab ada camera di situ. 
Sekarang ini tidak perlu bawa ambil gambar ukuran pasport di kedai gambar.
Patutkan susah hendak cari kedai gambar sekarang kan

Orang kurang padat hari itu compare kalau buat passport di hari cuti. 

RM 200 untuk 5 tahun. 
Alhamdulilah, murah kan. 

Kadar bayaran. 

Duration untuk setiap jenis permohonan passport.


Wednesday, June 17, 2015

Selamat Menyambut Bulan Puasa yang mulia


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
Semoga Segala Amal Ibadah Kita Semakin Bertambah Di Bulan Yang Mulia Ini.
Ameen.

Tuesday, June 9, 2015

Petang nanti balik kg

princess Sandra 

Esok aku ambil cuti. 
InshaAllah, petang nantinya mahu balik kg. 
HC katanya mahu service kereta di kg esok. 
Sebab itu kena cutik. Hari Khamis start kerja semula.

Kaklang tinggalkan Ezad dan maidnya di kg. 
Katanya, tidak akanlah emak abah larat hendak jaga budak-budak semua di kg.
Kalau Sandra nya asyik call aku cembeng hendak balik KL.
Di office call, di rumah call
Masa kaklang ada, suruh maklangnya call kan mama.
Lepas kaklang sudah balik KL, minta pula uwan call kan mama.
Dekat jam 10.30 malam tadi, maid kaklang call kan pula.
Manja sangat anak dara seorang ini. 
Garang pun garang juga.

Anak aku sudah 3 orang, campur dengan anak kaklang ezad. 
Makanya total nanti ramailah orang akan naik kereta untuk balik KL petang esok. 
Semoga ALLAH permudahkan perjalanan dan urusan kami esok, ameen.

Haqeem  

Haziq
Picture masa berhenti makan masa perjalanan balik ke Singapore pada 1 May lepas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails