Jamu..ermm...ramai ibu-ibu yang berpantang mesti minum atau makan jamu untuk kesihatan dalaman dan luaran sekali. Semuanya terpulang pada diri masing-masing mana yang sesuai dan berkesan.
Tapi aku dan emak aku sekali masa dulu-dulu memang tidak makan jamu. Sebabnya masa zaman emak aku dulu pun berpantang dikampung. Tiada pula orang jual jamu masa itu. Emak kata dulu-dulu dia minum air dari hasil parutan isi LEMPOYANG GAJAH. Emak cakap ia baik mengeluarkan angin dalam badan dan mencantikkan kulit. Tapi aku sekarang minum air rebusan akar kayu sahaja. Lempoyang ini pun baik di campurkan dalam masakan.
Pokok Lempoyang
Badan pun rasa sihat. Hendak kata cergas..ermmm..mungkin rasanya. Lagipun aku ini memang lembik orangnya. Memang masa berpantang Haziq dulu pun aku minum air rebusan ini.Aku pula tidak makan jamu kerana....ermmm entahlah...tiada apa hendak aku jelaskan. Mungkin sebab aku malas hendak makan pil banyak-banyak. Aku cuma minum air rebusan akar kayu (seperti gambar diatas nun). Alhamdulilah aku serasi minum air itu.
Pahittt ke?...
Op tidaklah.
Rasanya sama seperti minum air teh tapi tidak bergula. Biasa-biasa sahaja. Yang penting juga pembuangan air besar pun berjalan lancar. Ia juga turut membantu mempercepatkan proses pengecutkan rahim.
Sebaiknya air rebusan diminum ketika panas dan diminum selepas mandi waktu pagi. Juga ia diminum selepas makan nasi.
Op tidaklah.
Rasanya sama seperti minum air teh tapi tidak bergula. Biasa-biasa sahaja. Yang penting juga pembuangan air besar pun berjalan lancar. Ia juga turut membantu mempercepatkan proses pengecutkan rahim.
Sebaiknya air rebusan diminum ketika panas dan diminum selepas mandi waktu pagi. Juga ia diminum selepas makan nasi.
Cara minum air (kadang-kadang aku tidak buat juga sebab sudah dahaga sangat..hehehhe).
Tekan ibu jari kaki kanan ke atas ibu jari kaki kiri supaya rahim dan punggung tidak kembang. Tangan kiri digunakan untuk ampu payudara agar tegang sentiasa. Selawat tiga kali, tarik nafas dan kempiskan perut supaya tidak buncit. Minum senafas agar tidak terasa mual.
Apa lagi kelebihan akar rebusan ini...aku pun tidak tahu. Yang pasti nenek yang menjual akar-akar kayu ini telah menjual berbelas mungkin berpuluh tahun yang lalu. Nenek ini duduk sekampung dengan kakak ipar aku di Juasseh,N9. Seikat akar kayu ini tahan hingga 1 minggu lebih. Bergantung atas penggunaan masing-masing. Kalau air rebusan telah berwarna jernih dan tidak berasa apa-apa, bolehlah akar kayu itu dibuang dan di letakkan akar kayu yang baru.
Apa lagi..marilah berkongsi sama-sama apa yang kawan-kawan semua minum atau makan semasa berpantang?