Followers

Wednesday, September 12, 2012

Cakey oh cakey.

Hari ini hp tertinggal di rumah. Oh tidak mengapa pun, sebab aku memang jenis orang yang boleh hidup tanpa DIA. Ha ha ha dan ha.

Aku sebenarnya sedih sikit. Tidaklah banyak sangat, sikit jea. Pasal MY baking. Kisah SEBENAR ialah sudah lama aku 'gantung' oven. Tidaklah menggantung sangat, cuma terperuk dalam stor. Sadiskan. Sangat sadis.
Bayangkan sampai birthday aku and Qeqeem pun tiada cakey. Hambar sungguh birthday bulan August lepas. Kasihan my Qeqeem. Satu tahun tu. Hari jadi pertama.

Dulu Haziq 1st year, sambut birthday di S'pore. Dirumah arwah nenek aku.
Haifa pula masa kitaorang baru pindah rumah. Dengan BBQ bagai. Kiranya semua birthday mesti ada cakey lah. Tiba time Qeqeem, kosong...kosong.
Mesti Qeqeem menyampah kot. Tapi aku aku tengok happy sentiasa, alhamdulilah.

Mula dari masuk Ramadhan hari itu aku stop ambil order. Tidaklah banyak sangat orang hendak cake pun.
Tapi adalah biasa-biasa gitu, kakak aku, officemate yang seronok hendak order Moist Choc Cake, Cheese Tart, Red Valvet Cake and Orange Butter Cake. Itu belum lagi permintaan tinggi hubby dan anak-anak tersayang. Mana hendak cake, mana hendak cookies dan semestinya apam polkadot. Sedih tau, bila tidak dapat tunaikan niat orang.

So pagi tadi masa driving, aku ada fikir-fikir. Demi anak-anak dan hubby tersayang. Insyallah aku akan 'kembali' semula. Semoga ALLAH beri aku kekuatan. amin amin amin.

Masalahnya kelas banyak di office. Itu belum lagi kerja hari Sabtu. Aku penat dan penat lagi. Tidak mengapa. Niat sudah ada. Cuma hendak tunggu fizikal mula bergerak. Insyallah.

De cheese tart.
Alhamdulilah ini pun sodap.

Moist Choc Cake masa birthday Haifa 2 tahun.
Serius inilah antara baking terbaek aku.
Semua orang (family akulah) cakap sedap.

Order RV untuk birthday anak buah.

Orange butter cake.

Apam polkadot.

2 comments:

Eliss Mie said...

alaahai kesiannya .. nampak gebu betul apam polkadot tu :)

haslina said...

mmg aku kecian kat diri aku ni eliss. kecian lagi pada orang lain yg harapan mengorder dari aku.
whuaaaa..

apam tu mmg gebus, tp awas rasanya padat sebab guna tepung gandum.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails