Followers

Friday, September 21, 2012

Fish Oil dan Air Soya.

Alhamdulilah sudah hari Jumaat.
Tapi as usual, aku tetap kerja esok  macam biasa.
Esok tumb print jam 1pm hinggalah habis waktu kerja jam 5pm.
Rezeki Allah yang bagi.
Syukur sangat-sangat.


Kisahnya ramai kawan-kawan@officemate tanya, kenapa aku kali ini 'senyap' sahaja.
Hinggakan ramai tidak tahu yang aku ini pregnant.
Hehehe, aku memang suka rahsia-rahsia ini.
Diaorang wonder kenapa aku 'sihat' kali ini.
Siap ada yang tanya, tak muntah-muntah ke?
Jawapannya ialah Fish Oil.

Hari tu masa hendak beli Fish Oil (omega 3), aku cuma bawa budget RM100 sahaja.
Sebab sebelum ini pun kalau tidak silap aku, memang aku makan yang brand Kordel dan satu lagi.
Alamak lupa namanya.
Harganya memang begitulah.
Sekalinya story di Farmasi, cuma ada dua brand sahaja masa itu. Brand yang aku tidak pernah makan.
Kecewa kejap.
Itulah juga yang price less dari RM100.
Fikir-fikir aku macam tidak mahu beli masa itu.
Tapi fikir dalam-dalam aku cubalah Bio-Life.
Price dalam RM90++ rasanya. Dapatlah 2 botol. Content 100 soft pill per bottle.

Inilah yang aku makan sebiji hari-hari.
Dan fish oil ini lah yang menjauhkan aku dari Morning Sickness yang memang azalinya 'kawan baik' aku kalau pregnant.
Syukur sangat-sangat.
Aku lewat dalam seminggu untuk beli Fish Oil ini lepas aku tahu aku pregnant masa itu.
Then terus-terus aku sudah start muntah, selera makan terus out dan sudah macam lembik.
Sungguh mencemaskan.
Aku selalu beritahu diri aku sekarang.
Aku mesti kuat.
Aku ada 3 orang anak yang masih kecil.
Aku tidak boleh biarkan hubby urus semua itu seorang diri.

Puratanya masa bulan puasa lepas memang aku cuma minum air dan makan sedikit buah untuk berbuka.
Selera telah lari....
Kadang-kadang sudah lembik dan loya sangat, aku muntah dulu dekat-dekat hendak waktu berbuka.
Biar asid dalam perut keluar.
At list barulah boleh minum denga aman bila berbuka.
Time sahurlah aku barulah makan nasi.
Aku paksa diri aku untuk makan.
In the end berat aku jatuh dalam 8kg.
Sekarang ini pun baru naik 2kg dan maintain begitu.

Plus lagi, aku minum Soya.
Tapinya kalau aku minum mesti tuang setengah cawan sahaja.
Lepas itu suka aku tambah dengan air putih.
Aku tidak suka minum terus begitu.
Rasa pekat air soya melekat di lidah.
At list aku boleh control kandungan gula kan.
Op aku belum pergi buat ujian kencing manis di klinik.
At list aku sudah mula buat pantauan sendirikan.
Sebelum ini, alhamdulilah aku memang sihat masa mengandung.
Harapan tinggi juga untuk kali ini.

2 comments:

Ina Hashim said...

Lin,

akak klu time preggy mmg xleh masuk tekak air soya nih...jadik mual geli2 kt tekak..huhu...sbb tulah gigih telan segala mak nenek vitamin yg doc bagi sbb takleh minum yg natural punya

haslina said...

hehehe, saya pula jenis malas makan vitamin.
so kena telan juga lah kak air soya nie.
tapinya siap campur dengan air putih supaya jadi cair.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails