Followers

Friday, November 23, 2012

Masakan dari rumah memang terbaek.

Alhamdulilah semenjak sihat walafiat dari demam batuk seangkatan dengannya, aku sungguh selera untuk makan. Tapi as usual nya, aku lebih suka makan food dari rumah.
Hari itu 3 senduk aku ambil nasi untuk makan malam di rumah sebabnya sedap sangat lauk masak lemak putih. Ada tempe, tahu, kobis, kacang panjang, udang and taugeh. Hubby sayang yang masak kan tau. Selera berkali-kali sesungguhnya mak yong ini. Lepas itu layan lagi dengan desert pengat durian. Hubby juga yang masak. Durian dari kg, santan, gula pasir dan daun pandan.
In the end, malam itu perut aku ketat sungguh. Ngam 10 lebih aku sudah naik atas katil dan zzzz. Berat perut untuk di bawa, berat lagi kelopak mata aku. Tidak tertahan.
Kisahnya malam tadi pula, ada nasi lemak kukus untuk dinner. Sempoi, makan dengan telo rebus, kacang, ikan bilis dan sambal. Itu pun aku makan bertambah-tambah. 2 kali je tambahnya. Fuh memang terbaeklah. Ketat lagi perut malam tadi. Rasa macam tidak boleh berjalan lagi lepas itu. Sudah mulut asyik hendak mengunyah sahaja makanya lepas itu layan keropok pahit, keropok ikan dan keropok udang sambil tengok tv. Emak yang gorengkan.
Memang since hari Selasa lepas, hari-hari aku bawa bekal nasi pergi kerja. Sudah selera hendak masakan di rumah sahaja. Kalau tiada lauk lebih dari malamnya, aku bawa telo mata sahaja. Buh kicap sekali. Fuh nikmat sungguh kalau makan time lapar.
So pagi tadi aku bekal nasi lemak, telo rebus. Sambal memang sudah habis malam tadi lagi. Rezeki hari Jumaat, ada member office bawa sambal ikan bilis. Makanya bersambal juga nasi lemak aku. Alhamdulilah.

p/s Dengan umur kandungan sudah masuk 6 bulan minggu ini. Berat aku cuma naik dalam beberapa kg sahaja. Itu pun turun semula kadang-kadang.

2 comments:

Ina Hashim said...

Syukur Lin, Allah dah beri semula nikmat makan...jaga kandungan baik2 ya

haslina said...

alhamdulilah mmg syukur sgt kak.
tima kasih kak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails