Followers

Thursday, January 3, 2013

Cari bloues pregnant.

Assalamualaikum.
Sudah 2013. Alhamdulilah.

Kami cuma di rumah sahaja. Ialah keadaan begini, aku memang malas hendak berjalan. Sabtu dan Ahad baru ini sempat balik kg. Sebabnya abah tidak sihat.
Hari Sabtunya, sempat aku dan hubby, erm bawa sekali Haifa pergi Bahau. Kononnya mencari bloues untuk mak yong nie. Sedihnya rata-rata baju di kedai semuanya jenis bloues kain cotton yang price rm 70. Pui, memang kurang sesuai untuk aku lah baju tu. Dan aku pun kurang minat sebab itu bukan kategori baju pregnant sangat pun.
Lagilah aku ini jenis 'pemalas' hendak beli baju skirt mahupun tudung bagai. So kalau di suruh, liat sahaja gitu untuk memilih. Kalau memang sebab sudah tiada baju yang muat di perut dalam almari sekarang ini. Huhu, jangan harap aku hendak pergi membeli baju baru. Biar pun berkali hubby menyuruh untuk membeli.

Rupanya masa di Bahau, banyak betul kedai-kedai depan KFC tu yang menjual tudung bawal juga. Peh teruja kejap. Next time boleh pergi untuk beli tudung.
Makanya kami sambung ke kedai di Pilah. Syiok juga, akhirnya jumpa baju dua helai baju. Puas hati gitu.

Mak yong, sihat. Cumanya sakit di bahagian bawah perut. Hendak berdiri lama beberapa hari ini memang payah amat. Baru hari ini okies.
Berat aku sekarang ini cecah semula 70kg. Dekat 4 hari rasanya timbang, duk begitu sahaja. Makanya takat ini baru naik around 8kg sahaja.
Ialah minggu lepas memang buat perangai, tidak mahu makan nasi putih. So makanlah nasi goreng, mee ke. Roti canai, burger.
Sebab itu kawan-kawan di opis pun memang sudah tahu peel aku kalau pregnant. Makan memang memilih, lepas itu portionnya sikit sahaja. Hendak buat macamana kan. Selera aku memang out sungguh.

Minggu ini kandungan sudah masuk 31 weeks@7 bulan lebih.
Insyallah esok barulah aku pegi check untuk MGGT. Punyalah bertangguh-tangguh dari 24 Dec lepas. Insyallah lagi hari Isnin depan pula pergi Hospital Serdang untuk buat detail scan. Maklumlah umur sudah lebih 35 tahun.

Whua kerja di opis memang ada yang tengah tertangguh ini. Tidak mengapa, nanti pulun dan pulunlah.

2 comments:

Eliss said...

eliss pun x beli sgt blouse pregnant, seb baik byk blouse yang ada besar2. pakai jer yg tu.

Ms Haslina said...

sokong 100% statement tu eliss. rasa2nya sy cuma ada 1 sahaja bloues pregnant yg beli di modern mum. yg beberapa helai yg ada tu ialah kategori bloues besar.

jimat kan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails