Followers

Wednesday, December 26, 2012

Rezeki sungguh.

Kaklang kerja di GSK.
Makanya semua product GSK memang dapat di beli dengan harga yang murah.
Yang ini bahagian aku. Kaklang belanja.

Assalamualaikum.
Macam biasa mak yong kerja hari ini.
Tiada istilah cuti gitu kan.
Kalau hendak rasa berehat boleh pergi klinik, minta MC. huhu.
Confirm Doc bagi. Dua hari pun boleh sahaja.
Best kan.

Aduhai mata macam tidak best sahaja hari ini.
Tidak cukup tidur.
Ikutkan hati memang tidak mahu kerja hari ini.
Tapi mengenangkan boss sudah buat jadual. Hari ini ada appraisal.
So kena gagahkan dirilah.
Whuaaaa.

Apa punca tidak cukup tidur.
Semenjak dua menjak ini, baby dalam perut memang aktif sangat-sangat waktu malam.
Asyik menegang sahaja perut mama nie.

Story 25 Dec - Tuesday
Pagi-pagi mak yong sudah imagine hendak breakfast apa.
Haha.
Ialah kan malamnya memang hubby masak nasi lemak kukus.
So ada lebihlah kan.
Makluman sudah berhari mak yong ingin makan lauk kerang sambal atau paru sambal.
Tapnya tidak kesampaian.
Maka harapan tinggi gitu. Misi mencari lauk.

Then sebelum itu, Haziq sudah menagih kembali untuk pergi jumpa cousin dia.
Apa lagi agenda diaorang, mesti hendak main dan main lagi lah.
Aku terus call kaklang.
Ok tak hantar Haziq ke rumah dia pagi itu.
Okies.

So dengan Haziq dan Haifa yang belum mandi.
Aku minta Hubby pergi sekali.
Cadang hendak drop by Haziq sahaja.
Tetiba kaklang kata makan lunch di rumah dia sahaja.
Dia memang masak banyak.
Maklumlah sudah ada maid, ringan sikitlah kerja kaklang.
Tinggalkan anak-anak di rumah kaklang.
Aku and hubby keluar pergi cari lauk idaman aku, kononnyalah.

Habis Hubby dan anak-anak makan tengahari itu, kami balik ke rumah.
Aku masa itu masih belum makan.
Kenyang pula makan roti canai di rumah kaklang.
Sebelum balik kaklang bekalkan lauk kari ayam, sayur dan siap dengan nasi sekali.
Fuh.
Sampai rumah sudah jam 3 petang. Ntahlah aku penat benar. Terus tertidur.
Dekat jam 6 petang baru aku makan lunch.

Lepas maghrib pergi ambil Haziq.
Kaklang tanya, hendak makan pizza tak?.
Auik. Tidaknya ya ALLAH....kenyang bangat nie.
In the end kaklang pergi GIANT beli barang.
Siap belikan sekali KFC.
Lepas ramai-ramai makan di rumah situ, yang balance kaklang bagi aku bawa balik.

Sesungguhnye semalam murah sungguh rezeki kami sekeluarga.
Alhamdulilah syukur pada ALLAH.
Semoga ALLAH sentiasa murahkan lagi rezeki, kesihatan dan kegembiraan kakak ku. Amin Amin Amin.


2 comments:

Eliss Mie said...

x jumpa sampai ke sudah ke lauk idaman tu ?

selamat tahun 2013. semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya gitu. In Sya Allah

haslina said...

assalam eliss.

alhamdulilah mmg da jumpa. tapi rasanya kureng. yg penting da merasa kan.

same to you eliss. moga 2013 lebih baik lagi kan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails