Followers

Friday, May 31, 2013

Salam Jumaat.



As salam.
Uik sudah hari Jumaat lagi kan. Alhamdulilah esok cuti kan. Selamat bercuti dan berseronok pada semua.
Saya minggu ini macam busy. Sebab jadi invigilator exam dua kali. Kena jaga untuk paper 3 jam. Fuh memang penat. Stress sungguh kalau menjaga student Arab, kuat benar meniru dengan toyol yang pelbagai gaya. Baru-baru dapat tangkap student yang buat toyol dari slip exam. Diaorang taip semula perkataan dari rules dan regulation itu kepada notes. Memang sekali pandang sungguh tidak perasaan. Tapi pandang dua kali baru tahu semua itu adalah toyolz.
Lagilah kalau kena jaga di MPH. Malamnya terus pengsan dalam jam 8pm gitu. Cepat penat sungguh rasanya since ada anak empat ini. Tapi seronoknya saya dan HC tetap di beri kesihatan yang baik dan kekuatan dari ALLAH dalam menguruskan comel-comel kami itu.
Terima Kasih ALLAH.


Buat dua hari ini pula ada workshop EAC di office. Update sylibus dengan new CLO and PLO. Fuh. Agenda lain ada makan-makan sempena farewell Kak Syafrina and Azlinda. Gud luck to them dengan tempat baru.
Kak Syafrina terpaksa berenti sebab maid dia berenti kerja. Anak-anak dia pun masih kecil, so sebab itu dia berenti.
Azlinda pula sebab hendak buat full time PhD di UiTM.
Makanya beside makan dari workshop, hari ini plus makan lain lagi. Fuhhhh.

Tengahari ini Kaklang bawa Haziq, Haifa and Qeqeem balik kg. Esok tengahari baru balik KL semula. Oklah Kaklang ada maid, boleh tolong tengokkan budak-budak plus anak Kaklang jadi enam orang semuanya.
Hikmahnya kan, saya dan HC tidak pernah minta Kaklang bawa anak-anak pergi mana-mana tanpa kami. Tapinya ada sahaja plan Kaklang ibarat memberi saya dan HC berehat.
Rezeki ALLAH sungguh tidak di luar kawalan kita.

Dan saya bersama HC dan baby Hafiy sahajalah yang ada di rumah malam ini.

4 comments:

Eliss Mie said...

esok hubby cuti. seronok jugak.sebab selalu sabtu dia keja. cuti keputeraan agong. relax2 ajer kt rumah.

Ms Haslina said...

seronokkan Eliss, rilex2 di rumah bersama suami dan anak-anak tersayang.

p/s kena tabah juga kan kalau kena kerja hari sabtu.

mama lieyna said...

Suka kata2 tu .. agreed :-)

Syukur ada saudara terdekat kt sini kan, ada org blh hrpkan utk tgk anak2x :-)

Ms Haslina said...

kata-kata untuk meniup semangat kan eina.

alhamdulilah, memang seronok dengan kakak yg duduk dekat nie.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails