Followers

Friday, April 3, 2009

ohh port dickson..aku berjanji aku akan kembali lagi menemui MU..

Aku memang PEMINAT LAUT dan PANTAI..


Petang sabtu lepas dalam jam 3pm kami bertolak ke Port Dickson. Mula-mula nak ikut jalan Plus highway saja. Tapi masa lepas saja tol Sg Besi, banyak pulak kereta di highway. Terus aku minta En Hendra exit semula di tol Serdang dan terus ke highway Lekas. Sememangnya kereta amat kurang di Lekas..so syok lah memandu.

Ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan dipetang hari.

Hujan turun selebat-lebatnya hingga tak nampak jalan. Kelajuan kereta diperlahankan hingga sepelahan-lahannya sebab jarak penglihatan memang tidak jauh. Dekat hendak sampai exit tol Mantin, barulah hujan reda dan berkurangan. Lepas itu kami risau juga, takut ada jalan yang dinaiki air atau kemungkinan berlakunya tanah runtuh. Ialah jalan lama dari exit tol Mantin ke Seremban kiri kanan penuh dengan contruction highway.
Picture taken below menunjukkan air bertanah betul-betul turun dari cerun bukit naik hingga melalui jalan raya lama tu.

Lepas itu, cuaca terus panas hingga kami sampai ke PD...alhamdulilah.


Malam pertama di PD, semesti nya aku nak makan di restoren gambar dibawah ini. Itu yang aku tunggu-tunggu. Aku pernah makan di sini 2 tahun lalu. Ketika itu aku masih mengandung. Walaupun bertahun sudah berlalu. tapi keenakkan masakan di situ masih aku ingat-ingat lagi...pedas-pedas sedapppp..

Restoran ini terletak di belah kanan jalan kalau dari bandar PD dan betul-betul berdekatan pintu masuk ke Telok Kemang...tempat aku mandi mandi dan menginap. Alahai...kalau tak tahu juga dekat mana Telok Kemang ini, susur saja kereta ikut jalan raya dari bandar PD tu. Lepas itu nampak ada parking lot kereta besar dan banyak gerai-gerai makan dan jualan di belah kiri. Itu lah tempatnya.

Malam itu kami makan nasi putih, ikan kerapu masak 3 rasa, sotong masak pedas, sup sayur, telur bistik dan telur bungkus. Juga air tembikai satu jug <--rm15.
Masih maintain lagi rasa makanan dekat situ. Puas hati makan. Kepedasan sungguh...hingga naik angin gastrik dalam perut kalau melayan makan pedas dekat situ. Walaupun penuh restoran itu dengan pelanggan, mereka hantar makanan cepat sungguh. Parking lot kereta pun penuh juga.

Kami start order dalam jam 9.45pm.
Minuman sampai dalam jam 9.55pm.
Makanan semua sampai dalam sebelum jam 10.10pm.
Alhamdulilah.

Cuba teka berapa bil aku kena bayar?


Haziq yang tengah buat muka bila emak bapak dia tengah sibuk tengok menu.

Sambal ini licin aku makan. Ikan kerapu malam itu kecil.

Sotong masak pedas yang sedap dan Telur bungkus

Punya lah manis air buah tembikai ini

Lepas habis makan, kami parking kereta di hotel dan nak pergi berjalan-jalan di tepi laut. Memang gelap malam itu, nak nampak air laut pun payah. Tapi air surut malam itu.

Siap-siap nak jalan-jalan malam.

Kitaorang duduk dengar lagu sampai dekat jam 12pm. Memang setiap malam minggu hujung bulan mesti ada konsert ni di dataran disitu. Ada 4 orang penyanyi malam itu. Yang aku paling suka sekali ialah sorang ini. Dia saja yang aku tak perasaan nama nya apa. Tapi suara dia best sungguh. Picture dia tak nampak sangat (yang ada tunjuk dengan arrow tu). Sound system malam tu pun best.
Seronok...
Haziq yang tak boleh duduk diam sepanjang tengok konsert. Asyik berlari sana sini.

14 comments:

A.H.A.D said...

aduh sdpnye mkn...

btw, anda ditag!

Ms Haslina said...

mmg sedap pun makanan kat situ..

tag...tima kasih..

Eliss said...

wah..sedapnya..my hubby mesti suka laa pedas2 cengginih..

aryllia said...

wah cuti2 malaysia...best2..relax je kan...

Ms Haslina said...

eliss ~ mmg pedasss...sedap..

arylia ~ cuti on the spot jea tu..tp alhamdulilah seronok sangat..

Unknown said...

salam..alhamdulliah..kamu dah sehat..
seronok tgk telatah anak kamu..

Ms Haslina said...

kak ina ~ terima kasih...alhamdulilah saya da kembali sihat..

Haziq memang aktif budak nya..

:: Wiween :: said...

alaa akak! nasreen tomyam tu da dekat sgt dengan skolah ween. pantai awam tu lagi laa dekat! berdepan aje! uhuhuhuhu

:: Wiween :: said...

haziq makin comei laa kak! ;)

13may said...

lama tak pi PD

Ina Hashim said...

Lin,
brp total rm makan kat situ..nak gak tau..who knows bebila singgha sana.leh g mamam kat situ

Ms Haslina said...

ween ~ mmg rasa terkilan tak dapat jumpa ween bila pi PD. ialah kami buat plan nak pergi PD betul- betul lepas lunch hari sabtu tu.
;(

iyea kea. akak memang suka makan kat situ (wlupun baru makan dua kali saja).

Haziq dah masuk bujang gitu.hehehe

mr13 may ~ itu jea yg syok dan terdekat dari KL kalau terasa hendak mandi laut. memang puas hati.
;)

kak ina ~ murah sungguh makan kat situ..semuanya total out RM 66 sahaja dengan 5 hidangan dan satu jug air buah.

maidatul said...

Akak lamanya cuti2 malaysia...
Murah la makan kat situ kalo itu totalnya...

Ms Haslina said...

hari selasa sudah ada di KL...sebab penat itu yang tak ber update blog ini..

memang MURAH dan SEDAP makan dekat situ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails