Baru sampai di Kecemasan Hospital Serdang.
Luka Haziq sudah dicuci dan di balut di klinik.
Jam 9.45 pm.
Punyalah ramai orang.
Sudah macam bukan ICU rasanya.
Assalamualaikum.
Kisah berlaku ialah pada tahun lepas. Punyalah sibuk kan, barulah ada kelapangan hendak buat post pasal Haziq ini. Sudah dekat 2 bulan lebih berlaku. Ingat-ingat lupa. Tapi I will try to do it nicely.
And, kalau tidak cukup berani, tidak perlulah tengok gambar luka di kepala Haziq. Saya sendiri yang memang penakut ini, ambil masa untuk tengok gambar tu.
Story ini berturutan selama 3 hari, sebab kisah bermula dari family Cik Sarah datang ke KL bercuti. Diaorang duduk di Concorde Hotel. Makanya pada malam kejadian, kami sekeluarga hendak ke sanalah. Haziq pula berada di rumah kaklang. Katanya tidak mahu mengikut kami.
Mulanya berjanji pada Cik Sarah ialah berjumpa pada malam itu dan untuk dinner bersama di Ampang. Kami keluar terlewat sikit dari rumah. Maklumlah anak kecil ramai kan. Tidak jauh kami gerak, kaklang call. Katanya dia di klinik, Haziq luka di kepala. Kaklang suruh kami terus sahaja ke Ampang, sebab katanya luka kecik sahaja. Terus letak telefon.
Kemudian kaklang call lagi, beritahu Doc minta bawa Haziq ke Hospital Serdang untuk di jahit di kepalanya.
Ya Allah, serius, saya memang cemas sangat. Terdetik dalam hati, kenapa sebagai ibu, saya tidak ada getar apa-apa pun dalam hati kerana anak sendiri dalam kecemasan.
Kami terus ke klinik, memang kami belum jauh lagi masa itu. Saya hanya duduk di kereta. Menunggu bersama Haifa, Haqeem dan baby Hafiy. Kami dalam kereta sama-sama mengamin doa semoga ALLAH meringankan kesakitan yang di tanggung oleh Haziq.
Doc di klinik, tidak berani untuk buat jahitan sebab luka di kepala Haziq adalah dalam. Kata HC, macam nampak tulang.
Kaklang memang minta maaf sangat-sangat. Dia rasa bersalah. Kisahnya, Haziq bermain bola dengan Ezad. Tiba satu keadaan, di bucu tembok/dinding, Haziq sedang tunduk ambil bola, dan Ezad tolak Haziq dari belakang. Kepala Haziq terus kena pada bucu tersebut. Ezad pun rasa bersalah pada Haziq, kaklang kata Ezad pun minta maaf sama. Dan lepas itu lari masuk dalam bilik menangis.
Tidak lama selepas itu kami terus ke Hospital Serdang.
Kaklang memang minta saya tinggalkan anak-anak di rumah dia, while going to hospital. But tahulah my Mr
HC, semua perkara mesti buat sama-sama.
Picture ini HC ambil masa Doc buka balutan di kepala Haziq untuk check kedalam luka.
Alhamdulilah lepas X-Ray, luka Haziq tidak kena pada tengkorak kepala.
Jam 12 am, kami masih di hospital.
Tengah tunggu untuk jumpa Doc and jahit.
Selepas di jahit.
HC beritahu, masa Doc cek luka Haziq, mula-mula Doc kata dia pun tidak tahu macam mana hendak jahit. Sebab luka Haziq dalam. Tapi kata Doc, kita masuk tempat jahit dulu. Nanti saya fikirkan.
HC beritahu, masa Doc cek luka Haziq, mula-mula Doc kata dia pun tidak tahu macam mana hendak jahit. Sebab luka Haziq dalam. Tapi kata Doc, kita masuk tempat jahit dulu. Nanti saya fikirkan.
Ubat di masukkan di tangan semasa Doc jahit.
Tunjuk kesan kena jarum.
Kami selesai di hospital dekat jam 1 pagi rasanya. Punyalah ramai orang di ICU. Apa tidaknya, rakyat asing pun sama-sama mendapat khidmat hospital kerajaan. Masa ambil Haziq selepas sedar dari di jahit, saya masuk ke dalam kawasan rawatan. Fuh ramainya orang sedang tungguh turn. Penuh katil di situ.
Teringat masa bersalin di Hospital Serdang pada Mac tahun lepas, begitulah keadaannya. Penuh dan padat. Saya lihat keadaan nurse dan Doc bertugas sudah macam tiada perasaan. Mungkin kerana terlalu penat. Namun demi tugas mereka teruskan juga bekerja.
Jahitan Haziq mesti di buka pada hari ke tujuh. Hari ke tujuh ialah hari Ahad, Tapi kami pergi buka jahitan pada hari kedua Haziq mula bersekolah darjah satu. Makanya Haziq masuk sekolah ialah dengan rambut yang belum di potong, panjang. Macam artis K-Pop gitu rupa Haziq pergi sekolah. Ialah, kalau di potong rambutnya, takut tiada shield pada jahitan yang belum di buka.
Malam itu kami sefamily masih belum dinner. Kasihan, semua orang kelaparan. HC beli nasi goreng di kedai mamak.
Kelakar sungguh, sebab entah rupa apa-apa sahaja nasi goreng dekat jam 2 pagi itu. Tapi sebab lapar sangat. Makan sahajalah.
4 comments:
aduhai.ngeri pulak tengok lula si haziq ni yer. skang tinggal parut lah yer. hero malaya mesti ada parut :)
Salam kenal..
Dalam jugak tu ..alhamdulillah dah ok..
http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/
ngerinya Lin...dalam jugak luka tu...sian Haziq ye
Eliss - saya pun take time untuk tengok luka Haziq.
Norma - Salam kenal kembali.
Kak Ina - saya memang tak tengok masa belum jahit. tapi kata Ray, memang dalam luka tu.
Alhamdulilah Haziq ok.
Post a Comment