Followers

Monday, June 9, 2014

Balik kg

Hafiy dengan abang Haqeem 

Assalamualaikum.
Selamat bekerja di permulaan minggu baru. Semoga minggu ini kita semua dapat bekerja dengan lebih baik dari minggu sebelum hendaknya. amin.

Jumaat lepas saya bercuti lagi. Kami balik ke kg. Ada dokumen rumah yang ter bawa balik ke kg masa pindah rumah bulan lepas. Di samping itu dapat melawat emak abah juga.
Anak-anak feeling happy sebab boleh main basikal, boleh main tanah, boleh main suka hati sampai muka merah campur hitam.
Mak cakap, anak-anak saya kalau main tengah panas mesti lepas itu muka bertukar color macam orang cina yang duduk cameron highland yang kena panas.

Kami gerak ke kg pada pagi Jumaat. Feeling seronok sebab, driving di highway pagi-pagi.
Dan kami balik semula ke KL pada malam Sabtu. Alhamdulilah kami tidak tempuh mana-mana jem di lebuhraya. Masa balik ke kg, memang lalu di PLUS. Dan untuk balik ke KL malam itu, kami ikut LEKAS.

Sebenarnya saya risau juga untuk balik kg masa itu. Sebabnya saya dan HC akan bawa 5 orang kanak-kanak yang tengah 'naik' nakal segala. Yang umur 7 tahun dua orang, 4 tahun, 2 tahun lebih dan 1 tahun.
Doa saya semoga perjalanan kami di permudahkan ALLAH.
Sesiapa yang ada anak kecil-kecil, mesti tahu macamana peel anak kalau semuanya duk pakat main jerit-jerit, berebut barang, berebut tempat duduk. ALLAH sahaja yang lebih mengetahui.
Pemanduan boleh terganggu dengan 'gangguan' begitu.

Ini picture Raya 2013 lepas.
Haqeem, Haziq, Izad, Haifa dan Abbas.

Semua cucu Abah.
Tertinggal tiada dalam gambar ialah anak kaklang, Ariq.

Hari Ahadnya, kalau ikut planning awal ialah untuk ambil kereta Wira di Klang. Wira sudah selamat tukar gear box baru.
Tapinya pagi-pagi Ahad itu, saya sudah ngomel-ngomel dengan HC.
Kalau boleh saya hendak HC pergi Klang naik bas sahaja. Serius, sangat-sangat penat campur dengan malas saya hendak drive balik kereta Persona sorang-sorang dari Klang.
HC lepas itu terus call mekanik. Tanya, boleh ke hantar kereta Wira ke area Bukit Jalil.
Alhamdulilah, ALLAH permudahkan urusan kami.
Mekanik bagitau, dia boleh hantarkan kereta ke Cheras malam ini.
Then HC cadangkan untuk berjumpa di RnR sahaja. Syukur sangat, dekat sudah itu.

Makanya hari Ahad semalam di isi dengan menonton tv sepenuhnya. Seronok sebab dapat duduk rumah seharian.
Maklumlah ASTRO bagi siaran percuma. Kenalah guna sebaik mungkin gitu kan.
Petangnya HC bawa anak-anak semua dan anak kakak izad yang sudah 4 hari cuti bersama kami mandi pool. Fuh, memang penuh kolam semalam itu. Satu sebab cuaca memang panas, dan satu lagi sebab cuti kan.
Hafiy dan saya tinggal berdua sahaja dalam rumah. Saya bancuhkan Hafiy susu, terus tertidur si comel tembam. Mamanya sambung tengok movie semula.

Lukisan Haifa.
Katanya gambar rumah kg siap dengan orang sekali.

Feeling happy dengan rezeki dari ALLAH
Haslina

3 comments:

mamaarifakeemaisy said...

Penuh ceritanya.. padat... ^_^
Alhamdulillah, kehidupan sehari hari yg penuh mkna...
Pandai haifa melukis, rindu kg ye...hihi

Unknown said...

Comei jer lukisan Haifa...hihi...

Ms Haslina said...

salam.

eina - tq dear.

mama_kaori - hikhik, lukisan main2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails