Ya Allah, tidak tahulah kenapa minggu ini adalah minggu yang membosankan untuk bekerja. Kalau boleh hendak duduk di rumah bergolek-golek.
Hari Isnin dan Selasa baru ini saya ambil cuti. Lawaknya sebab, carry forward cuti dari tahun lepas ialah 2 hari. So isilah form, tapi belum submit pada boss. Namun bila buka system online, memang cuti sudah di updated kan. Lawaknya ialah, borang belum di hantar pada boss, tapi cutinya sudah di ambil dulu.
Bila cuti, semua orang mesti cakap, wow bercuti kemana?. Alahai, saya memang jenis bukan ambil cuti dan pergi bercuti bersuka ria. Selalunya mesti cuti terkejut, dan saya dan HC busy dengan business kami. Sibuk pergi ambil stok baru. Ambil picture stok baru. Kira stok sedia ada.
Tambah lagi saya sibuk settlekan order kawan-kawan untuk vitamin Shaklee. So kena pergi Pos Laju dan pos barang.
Dan begitulah life seorang peniaga.
Insyaallah Ahad ini ialah pendaftaran untuk semester January 2015. Wow sangat teruja sebab insha ALLAH tahun ini saya akan grad master. Macam tidak percaya, tapi memang kena percaya.
Semester ini juga ialah permulaan untuk thesis 1. Alahai sampai waktu ini, saya masih belum ada supervisor. Juga sebab saya masih belum ada title dan proposal pun belum ado lagi.
Feeling adalah seram.
Semoga di permudahkan urusan hamba mu ini Ya ALLAH, ameen.