Dua anak yang soleh ini tengah siap-siap hendak pergi sekolah petang. Sempat mama ambil pictures buat kenangan. Masa ini Hafiy darjah 1 dan abang Haqeem ialah darjah 3. Kakak dan abang Haziq sekolah sesi pagi.
Followers
Sunday, February 28, 2021
Hafiy dan Haqeem
Dua anak yang soleh ini tengah siap-siap hendak pergi sekolah petang. Sempat mama ambil pictures buat kenangan. Masa ini Hafiy darjah 1 dan abang Haqeem ialah darjah 3. Kakak dan abang Haziq sekolah sesi pagi.
Saturday, February 27, 2021
Kisah penulis hendak 'panaskan enjin mengarang cerita', inshaAllah
Assalamualaikum.
Allahuakbar sudah masuk tahun penghujung February 2021. Tinggal dah tahun 2020, orang kata tahun Covid_19. Bagi aku tahun 2020 ialah tahun yang mendung. Namun tetap ada hikmah manis yang ALLAH bagi pada aku.
Hari ini aku dah tak pasti sudah hari ke berapa aku wfh. Sebenarnya aku bukan kira pun. Yang aku ingat, aku mula wfh since March 2020. Since ko kena clock in and clock out di WA. Juga masa ko terkial-kial kenal apa tu Zoom Meeting. Google Meet. Maka bergabunglah aku dan hubby sama-sama belajar guna Zoom. Memang masa mula-mula dulu, hubby yang siapkan schedule dan link untuk kelas online aku. Punyalah sampai macam tu sekali cik minah ni..haha
Untuk kelas online aku memang mula mengajar dari semester March 2020, June 2020 dan September 2020. Hingga ke hari ini masih belum ada instruction untuk kembali bekerja di office. Mak is redha. Sudah mula biasa dengan rentak wfh. Hingga rasa berentak-rentak dah.
Petang hari ni masih panas terik. Malam-malam seawal jam 9 hubby sudah on kan aircond sampailah ke jam 1am selalunya. Lepas itu sambung pakai kipas. Jam 4am mesti terbangun semula, pasang aircond dalam kurang 1 jam. Berpeluh sekitar leher..panas sungguh. Patutnya ALLAH kejut pagi-pagi, bolehlah solat sunatkan. InshaALLAH. Moga ada kekuatan dari ALLAH untuk itu, ameen.
Petang-petang kalau rajin, memang hubby ajak ke area Taman Dato Harun juga Kg Medan. Kalau ikut aku ini, memang suka duduk rumah sahaja. Untung ada hubby yang rajin. Maka kalau tak ikut ajak hubby, jatuh berdosa pulak aku kan.
Kawasan tu tak jauh dah dari rumah yang duduk sekarang. Hari ini memang ada pasar malam. Tapi tak singgah pun tadi sebab semalam sudah membeli barang dapur sayur, barang basah semua. Hubby cuma beli telor ayam dekat orang jual di lori. Murah dah telor ayam kan, alhamdulilah. Mana-mana pun ada sahaja orang jual telor ayam di lori.
Selalu kalau ke area situ, mesti aku beli buah potong. Senang beli nenas dah potong, sambil support bisnes orang kita kan. Aku mesti beli nenas, mangga yang dah masak dan jambu. Sedap amat makan nenas sejuk-sejuk. Aku baca nenas ni antara ubat untuk elak gaut.
Sekarang ini kelas online untuk semester September/October 2020 sudah tamat 19/2/2020 Jumaat lepas. Since Rabu baru ini exam online telah bermula until 7/3/2021. Alhamdulilah kelas aku dengan student paling ramai 73 orang telah selamat exam online Khamis baru ini. Untuk kelas diploma, degree auto & mech juga kelas master, minggu depanlah examnya.
Entahlah mood aku bekerja sekarang ini memang level biasa-biasa sungguh. Tiada dah haslina yang selalunya belum habis semester, tapinya carrymark untuk semua subject sudah siap. Maknanya assessment student segala sudah habis di tanda. Cuma tinggal exam paper sahaja. Since wfh, erm, macam inilah..carrymark masih di laut.
Risau sebenarnya, risau dengan sikap aku yang macam ini. Aku memang tak suka.
Ya ALLAH, jadikanlah hambamu yang hina ini untuk menjalankan kewajipan yang lebih baik sebagai seorang isteri, anak, lecturer, pelajar phd. Mohon kembalikan kecerdasan, kekuatan dan kerajinan untuk tanggungjawab ini ya ALLAH, ameen ya rabb.