Followers

Saturday, February 27, 2021

Kisah penulis hendak 'panaskan enjin mengarang cerita', inshaAllah

Assalamualaikum.

Allahuakbar sudah masuk tahun penghujung February 2021. Tinggal dah tahun 2020, orang kata tahun Covid_19. Bagi aku tahun 2020 ialah tahun yang mendung. Namun tetap ada hikmah manis yang ALLAH bagi pada aku. 

Hari ini aku dah tak pasti sudah hari ke berapa aku wfh. Sebenarnya aku bukan kira pun. Yang aku ingat, aku mula wfh since March 2020. Since ko kena clock in and clock out di WA. Juga masa ko terkial-kial kenal apa tu Zoom Meeting. Google Meet. Maka bergabunglah aku dan hubby sama-sama belajar guna Zoom. Memang masa mula-mula dulu, hubby yang siapkan schedule dan link untuk kelas online aku. Punyalah sampai macam tu sekali cik minah ni..haha

Ini masa aku perlu datang office pada awal June 2020. Sebab ada information untuk semester March 2020 masih dalam hardcopy. Google camna dalam komputer pun tak dapat info ini. Hubby temankan datang office. Maklumlah office mak tiada orang langsung. Semua wfh.

Untuk kelas online aku memang mula mengajar dari semester March 2020, June 2020 dan September 2020. Hingga ke hari ini masih belum ada instruction untuk kembali bekerja di office. Mak is redha. Sudah mula biasa dengan rentak wfh. Hingga rasa berentak-rentak dah.

Picture ni masa hubby gigih setupkan tempat untuk aku buat kelas online. Beli dan pasang wallpaper baru. Ini masa bulan June 2020, untuk kelas semester June 2020.

Petang hari ni masih panas terik. Malam-malam seawal jam 9 hubby sudah on kan aircond sampailah ke jam 1am selalunya. Lepas itu sambung pakai kipas. Jam 4am mesti terbangun semula, pasang aircond dalam kurang 1 jam. Berpeluh sekitar leher..panas sungguh. Patutnya ALLAH kejut pagi-pagi, bolehlah solat sunatkan. InshaALLAH. Moga ada kekuatan dari ALLAH untuk itu, ameen.

Picture masa tunggu kelas online.
Picture masa tengah tunggu kelas online. Rasanya masa tu aje elok bertudung dengan lipstik, bedak muka sebab time lain mana ada keluar rumah pun. Sehari sekali pakai tudung sebab ada kelas. Kalau ada langsir merah, maknanya ini picture dalam bulan November 2020.

Petang-petang kalau rajin, memang hubby ajak ke area Taman Dato Harun juga Kg Medan. Kalau ikut aku ini, memang suka duduk rumah sahaja. Untung ada hubby yang rajin. Maka kalau tak ikut ajak hubby, jatuh berdosa pulak aku kan.

Kawasan tu tak jauh dah dari rumah yang duduk sekarang. Hari ini memang ada pasar malam. Tapi tak singgah pun tadi sebab semalam sudah membeli barang dapur sayur, barang basah semua. Hubby cuma beli telor ayam dekat orang jual di lori. Murah dah telor ayam kan, alhamdulilah. Mana-mana pun ada sahaja orang jual telor ayam di lori. 

Selalu kalau ke area situ, mesti aku beli buah potong. Senang beli nenas dah potong, sambil support bisnes orang kita kan. Aku mesti beli nenas, mangga yang dah masak dan jambu. Sedap amat makan nenas sejuk-sejuk. Aku baca nenas ni antara ubat untuk elak gaut.

Sekarang ini kelas online untuk semester September/October 2020 sudah tamat 19/2/2020 Jumaat lepas. Since Rabu baru ini exam online telah bermula until 7/3/2021. Alhamdulilah kelas aku dengan student paling ramai 73 orang telah selamat exam online Khamis baru ini. Untuk kelas diploma, degree auto & mech juga kelas master, minggu depanlah examnya.

Entahlah mood aku bekerja sekarang ini memang level biasa-biasa sungguh. Tiada dah haslina yang selalunya belum habis semester, tapinya carrymark untuk semua subject sudah siap. Maknanya assessment student segala sudah habis di tanda. Cuma tinggal exam paper sahaja. Since wfh, erm, macam inilah..carrymark masih di laut.

Risau sebenarnya, risau dengan sikap aku yang macam ini. Aku memang tak suka.

Ya ALLAH, jadikanlah hambamu yang hina ini untuk menjalankan kewajipan yang lebih baik sebagai seorang isteri, anak, lecturer, pelajar phd. Mohon kembalikan kecerdasan, kekuatan dan kerajinan untuk tanggungjawab ini ya ALLAH, ameen ya rabb.




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails