Followers

Tuesday, June 12, 2012

Ikan selar tiada.

Sup sayur campur telo, fishball and hotdog.

Tengahari tadi aku keluar beli barang untuk lunch.
Dirumah aku sudah siap masak sup sayur. Nasi pun sudah settle.
Tapinya tidak tahulah juga hendak masak main menu apa.
Tanya hubby.
Terus dia cadang suruh beli ikan selar untuk di goreng bersambal.
Makanya isteri mithali ini pun gigih ke pasar segar selepas ke Mydin dulu.
Op lupa pula beritahu, aku cuti tadi.
Entahlah penatlah pula rasanya.
Lagipun student belum balik dari bercuti.
Ok lah kan untuk aku bercuti lagi kan.

Sampai di pasar segar, lovely tengok banyaknya ikan, sotong, udang dan ketam. Segar bangat.
Besar kecik semua ada.
Penat pusing-pusing, alahai ikan selar tiada.
Aku terus ambil carrot satu, tahu putih dua keping, fishball satu peket dan ubi kentang dalam 5 biji rasaya.
Price RM6 sahaja.
Dan terus tanya tuan kedai.
Bang, selar tiada ke?
Itulah dik, katanya. Selar tiada.
Kuciwa untuk pihak hubby.
Terus pusing-pusing lagi, tapau ayam masak cili api. RM4.

Petang rembang aku baca metro online.
Dan terjawablah.
Baru aku tahu rupanya ramai peniaga barang basah di area di Kuala Lumpur terpaksa menaikkan harga barang basah kerana sudah seminggu stok tiada. Katanya lah.

Mereka mendapat harga dari pembekal dengan harga yang sudah naik RM1 hingga RM2 sekg.
Kebanyakan stok yang bermasalah itu membabitkan barang basah yang diimport.
Ikan selar sudah seminggu tidak dijual dan diberitahu sebelum stoknya habis, harganya pun meningkat hampir sekali ganda. 

Part barang basah naik harga itu, aku tidak pasti.
Sebab aku memang tiada membeli barang basah pun tadi itu.
Yang pasti kalau beli sayur dan yang seangkatan dengannya di kedai Aceh di rumah aku itu.
Harga adalah amat memuaskan. Murah dan berbaloi.
 
Ikan Selar Kuning.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails