Followers

Thursday, June 7, 2012

Tabung kacang.


Kacang sudah selamat di pecahkan.
Sayang, sebab memang aku dan hubby suka kumpul tabung comel kalau singgah di Air Hitam, Johor.
Kerja di lakukan dengan jayanya oleh si kecik Qeqeem.
Siapa lagilah hero pecah barang di rumah sekarang ini.
Kalau hilangkan dan bongkar barang adalah kerja rutin Haifa pula.

Masa kejadian berlaku, aku dan hubby tengah sibuk. Sebabnya kitaorang hendak outing. Makanya siapkan itu dan inilah. Tidak sempat pantau aktiviti rahsia anak-anak.
Haziq dan Haifa sudah disiapkan dan sedang tengok tv.
Qeqeem pula memang sudah berada di tepi rak tv dan aku tahu sudah lama aim Qeqeem untuk mencapai tabungan di tepi tv.
Ada beberapa tabung di situ.
Makanya yang dapat di capai semestinya yang paling kecik.
Hari itu tentu puas hati Qeqeem sebab terburai semua duitan dalam tabung.
Nampak beg kecik biru itu.
Memang Haziq seorang abang yang prihatin. Masa aku sedar kejadian itu. Haziq sedang masukkan syiling dalam bekas itu
Baguskan.
Sambil itu Haziq tolong marahkan Qeqeem bagi pihak aku.
Sungguh abang mithali.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails