Followers

Friday, June 22, 2012

Kek Birthday Haziq

De cake with Haziq and balloons.

Alhamdulilah.
Simple sahaja sambutan untuk anak bujang aku ini.
Akhirnya selamat aku membakar kek buat Haziq.
Requestnya ialah kek oren + ganache + edible mcqueen.
Aku memang sudah membeli barang untuk kek moist coklat.
Tapi Haziq hendak kek lain pula.
Tangguh punya tangguh akhirnya aku selamat buat pada hari Selasa lepas.
Kebetulan aku balik jam 5pm sebab aku ada kelas jam 8am.
Punch in jam 7.30am.
Yang datang cuma adik aku.
Sebab Haziq suruh.
Ialah aku tidaklah masak apa-apa pun kecuali kek sahaja malam itu.

Kek Butter Oren

Sebab cuma beberapa orang sahaja.
Makanya kek semestinya banyak lebih.
Satu slice untuk semua malam itu.
Terus aku suggest untuk Haziq bawa kek itu ke sekolah.
Okies.

Balik kerja petang esoknya.
Aku tanya pada Haziq, camana kawan-kawan dia makan kek itu.
Okies jawapan budak-budak selalunya mesti jujurkan.
Kawan Haziq cakap kek mama sedap.
Ohhh..sungguh terharu kejap.

Insyallah aku sudah pasang niat dalam hati.
Hendak bakarkan kek coklat moist pula untuk Haziq.
Lagipun edible image ada lebih.
Sayang kalau tidak di gunakan.
Nanti boleh bawa pergi sekolah lagi.

With ganache sebelum di letakkan edible.

2 comments:

maidatul said...

selamat hari lahir to haziq...
semoga berjaya di dunia & di akhirat...
Aamiin....

Ms Haslina said...

amin amin amin.
tima kasih akma.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails