Followers

Saturday, June 9, 2012

Rilex di hari Sabtu.


Alhamdulilah dan seronok sangat-sangat hari ini.
Sebabnya hari ini kerjanya ialah RILEX.
Memang malam tadinya abah ada call, tanya balik kg tak?.
Ciku dan nangka sudah masak ranum.
Aku pesan pada abah, kalau adik ada balik kg, abah bawakan sahaja dekat adik.
Aku tahu abah rindu pada Qeqeem.

Serius aku memang penat. Aku perlukan rehat.
Semestinya dengan tidor yang tidak cukup lately ini.
Kami sempat jaga baby kaklang 3 hari sahaja di rumah.
Hari Rabu lepas emak dan abah datang dari kg dengan angah, bawa balik baby.
Kesian kaklang, problem pasal maid baru dia masih belum selesai.

Back to my day, today.
Pagi tadi mesti bangun lambat. Sekali sekali kan.
Itu pun tidor kurang nyenyak juga malam tadi.
Mata buka separuh sahaja, bila bancuhkan susu Qeqeem dalam gelap malam.

Pagi tadi itu aku buat breakfast simple sahaja.
Aku sapu roti dengan jem coklat dan ada yang dengan marjerin.
Then masukkan dalam microwave. Semua mencair atas roti.
There, nyaman.
Minum sekali dengan air teh O panas.
Sedang-sedang minum hubby ajak menonton movie Jumanji.
Movie tahun 1995.
Zaman CD 2 keping untuk satu movie.
Aku suka citer ini.
Sudah ulang tengok entah baper kali.

Tengahari sambung pula menonton movie di TV2, 102 Dalmatians.
Habis menonton bersama Haziq, Haifa dan Qeqeem, hubby balik.
Dengan nasi ayam 3 bungkus.
Alhamdulilah, our lunch.
Aku kenyang, makanya aku makan untuk dinner sahaja.

Malamnya, lepas maghrib aku goreng mee hoon untuk dinner.
Lepak-lepak lagi.
Menunggu untuk menonton movie di TV2.
Alhamdulilah, aku happy.

p/s alhamdulilah TV ada dua, hubby tengok bola di ruang tamu.









2 comments:

oya said...

takyah berebut la ye..relax abis..

Ms Haslina said...

a'ah itu yg pentingkan oya, tiada perebutan. dan semua org happy.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails